LAPORAN BERITA HARI INI | 10 JULAI, 2021

Filem, Komik, Televisyen, Terkini

📌 Foto Set Penggambaran Dedahkan Plot Cerita INDIANA JONES 5!

Butiran plot untuk filem Indiana Jones kelima sedikit tertiris pada bulan Mei lalu dan pengarah James Mangold mungkin telah mempersiapkan kita semua dengan beberapa kejutan besar untuk ahli arkeologi lakonan Harrison Ford itu.

Hari ini, kami dapat mengesahkan bahawa semua laporan itu adalah tepat.

Kami dimaklumkan sebelum ini bahawa filem tersebut akan berjalan sekitar tahun 60-an ketika terjadinya perlumbaan angkasa lepas antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang kerasa menerapkan unsur-unsur Operation Paperclip. Beberapa foto dari set Glasgow, Scotland membuktikan bahawa kisah itu akan berlangsung di New York pada tahun 1969 dengan poster “Welcome Home” untuk tiga angkasawan yang mencipta sejarah sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan untuk Neil Armstrong, Buzz Aldrin dan Michael Collins dipamerkan di tingkap kedai.

Ini tidak bermakna kita akan melihat Indy menaiki roket untuk satu kisah sains fiksyen tetapi filem terakhir, Kingdom of the Crystal Skull ada menampilkan makhluk asing dan kami tidak sama sekali tidak menolak sebarang kemungkinan. Sejak tularnya foto-foto sebelum ini yang mengesahkan bahawa Harrison Ford akan “dimudakan” untuk adegan-adegan tertentu, adalah selamat untuk meramalkan bahawa kisah itu akan melewati jangka serta garis masa yang berbeza.

Harrison Ford baru-baru ini mengalami kecederaan bahu ketika menjalani latihan babak pertarungan dan tidak dijangka kembali untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Indiana Jones 5 turut menampilkan Mads Mikkelsen dipercayai sebagai watak penjahat yang digambarkan sebagai “seorang saintis Nazi yang lolos ke dalam kem NASA oleh pemerintah Amerika Syarikat untuk misi rahsia agensi angkasa itu.”

Filem itu turut dibintangi Phoebe Waller-Bridge (Fleabag, Solo: A Star Wars Story), Thomas Kretschmann (Avengers: Age of Ultron) dan Shaunette Renee Wilson (Black Panther). Manakala John Williams akan kembali sebagai komposer serta Kathleen Kennedy, Steven Spielberg, Frank Marshall dan Simon Emanuel pula hadir sebagai penerbit.

Indiana Jones 5 akan berada di pawagam 29 Julai, 2022.

 

📌 Filem Aksi Hidup BARBIE Kini Sudah Temui Pengarah!

Greta Gerwig kini secara rasmi dipilih untuk mengarahkan filem aksi hidup Barbie yang akan menyaksikan bintang utama The Suicide Squad, Margot Robbie menghidupkan kembali jenama permainan ikonik itu.

Greta Gerwig yang dicalonkan untuk Oscar untuk Little Women itu sudah lama dikhabarkan akan menjadi teraju projek tersebut sebelum disahkan pada hari ini.

Menurut beliau dalam satu kenyataan media:

“Playing with Barbie promotes confidence, curiosity and communication throughout a child’s journey to self-discovery. Over the brand’s almost 60 years, Barbie has empowered kids to imagine themselves in aspirational roles from a princess to president. I’m so honored to take on this role and produce a film that I believe will have a tremendously positive impact on children and audiences worldwide. I can’t imagine better partners than Warner Bros and Mattel to bring this film to the big screen.”

Pada satu ketika, Amy Schumer pernah hadir sebagai pelakon utama tetapi telah menarik diri di atas konflik kreatif. Anne Hathaway pula kemudiannya dilaporkan menggantikan Amy Schumer sebelum Margot Robbie akhirnya dipilih secara sah.

 

📌 THOR: LOVE AND THUNDER Dijangka Lebih Gila dan Emosional dari THOR: RAGNAROK!

Pengarah Thor: Love and Thunder,Taika Waititi hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa filem tersebut akan jauh berbeza daripada Thor Ragnarok.

Bercakap pada Majalah Empire:

“It’s crazier. I’ll tell you what’s different. There’ll be far more emotion in this film. And a lot more love. And a lot more thunder. And a lot more Thor, if you’ve seen the photos.”

Komen itu hadir sejurus selepas Jaimie Alexander yang memainkan peranan sebagai Lady Sif disahkan kembali selepas kali terakhir dilihat menerusi siri Disney+ Loki.

Alexander Karen Gillan yang akan mengulangi peranannya sebagai Nebula baru-baru ini turut berkongsi kepada peminat kita akan dapat melihat lebih banyak “sisi gila” wataknya dalam Thor: Love and Thunder.

“I don’t know if it’s personal [levity]. Like I don’t think she’s finding herself funny or being funny, but in her seriousness, I think we will find her funny, and just the pure aggression that we’ve tapped into.”

Sebelum ini disahkan bahawa beliau juga akan disertai oleh pelakon Guardians of the Galaxy lain seperti Chris Pratt dan Dave Bautista.

Filem ini juga akan memperkenalkan Christian Bale sebagai Gorr the God Butcher dan Russell Crowe sebagai Zeus, dengan cameo dari Matt Damon, Luke Hemsworth dan Melissa McCarthy.

Filem Thor: Love and Thunder bakal berada di pawagam pada 6 Mei 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *