LAPORAN BERITA HARI INI | 11 JULAI, 2021

Filem, Komik, Televisyen, Terkini

📌 Pengarah LOKI Sahkan Chris Hemsworth Sumbangkan Suara untuk Watak Katak Thor!

Dalam episod Loki terbaru yang lalu berjudul “Journey into Mystery”, ia memaparkan penampilan pantas watak Thor versi katak atau Throg.

Pengarah Kate Herron kini telah mendedahkan bahawa Chris Hemsworth sendiri sebenarnya telah menyumbangka suara beliau untuk watak yang hadir daripada komik itu

Menurut pengarah itu:

“Throg, obviously, getting him in was great. And we recorded Chris Hemsworth for that. We recorded him which a whole new recording, not recycled!”

Throg sebenarnya tidak mempunyai sebarang dialog rasmi tetapi muncul dketika dia cuba melarikan diri dari balangnya untuk mencapai Mjolnir dan masih lucu jika dikirkan semula.

Walaupun penampilan Throg telah disahkan dan hanya sebagai cameo, ramai penonton kini seperto tidak sabar untuk melihat lebih banyak lagi kemunculan watak itu sekiranya Loki kembali untuk Musim Kedua.

 


📌 Bintang SPIDER-MAN: NO WAY HOME Tidak Pasti Untuk Sekuel Filem Tersebut!

Zendaya akan kembali sebagai MJ untuk Spider-Man: No Way Home tetapi adakah untuk Spider-Man seterusnya?

Dalam satu temu ramah baru-baru ini, pelakon itu mengatakan bahawa tempoh masa sebagai sebahagian daripada francais Sony Pictures dan Marvel Studios adalah istimewa terutama sekali bersama Tom Holland dan Jacob Batalon.

“We were all just absorbing and taking the time to just enjoy the moment, being with each other and being so grateful for that experience. Spider-Man: No Way Home was so much fun and kind of bittersweet because we don’t know if we’re gonna do another one. Is it just gonna be three and done? Like, kind of normally you do three movies and that’s pretty much it.”

Sehingga kini tiada siapa yang tahu apakah Marvel Studios akan menjadi terbabit daripada filem Spider-Man keempat walaupun Tom Holland diharapkan dapat bertahan lebih lama untuk satu lagi penampilan cameo di MCU.

Spider-Man: No Way Home bakal berada di pawagam pada 17 Disember, 2021.

 


📌 Brie Larson Kongsikan Video Latihan Fizikal Keras untuk THE MARVELS!

Sekuel Captain Marvel berjudul The Marvels akan menemui peminat tahun depan dan Brie Larson kini sedang berusaha keras untuk bersiap sedia untuk kembali beraksi sebagai watak utama Carol Danvers.

Kali terakhir kita melihat pelakon tersebut adalah menerusi siri Avengers: Endgame walaupun sebenarnya adegan dalam filem itu dilakukan semasa penggambaran filem Capten Marvel.

Untuk itu, beliau sudah memastikan terus berada dalam keadaan fizikal yang terbaik sebelum muncul semula ke dalam Marvel Cinematic Universe dengan satu video yang dikongsikan menerusi akaun rasmi Instagram miliknya

Hanya sedikit yang diketahui mengenai plot The Marvels, walaupun telah disahkan bahawa Captain Marvel akan disertai oleh Kamala Khan lakonan Iman Vellani sebagai Marvel dan Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau yang akan berkemungkinan besar menggunakan nama Spectrumnya sejak kehadirannya dalam siri WandaVision.

Filem ini akan hadir di pawagam pada 11 November 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *