LAPORAN BERITA HARI INI | 12 JULAI, 2021

Uncategorized

Sekuel JUSTICE LEAGUE Diadaptasi ke Motion Comic oleh Peminat Tegar!

Justice League Snyder’s Cut menandakan kejayaan dan titik terakhir untuk pembikin filem tersebut di dalam DC Extended Universe atau DCEU.

Walau pun ramai peminat menginginkan visinya berterusan, namun Warner Bros tidak. Akibatnya, satu set papan cerita atau storyboard telah bocor awal hari ini dan memperincikan sekuel kepada Justice League jika ia dilaksanakan.

Kerana itu, satu projek buatan sedang dibangunkan peminat berjudul “The Dreamscapes of Justice League: A Motion Comic”.

Ianya sedang dalam proses pembikian dan dirancang untuk disesuaikan kepada papan cerita atau storyboard yang dibuat oleh Zack Snyder dengan pelukis handalan, Jim Lee.

Pelakon Darkseid, Ray Porter akan menyumbangkan suaranya untuk projek ini, sementara Martian Manhunter, Harry Lennix juga telah setuju untuk turut serta.

Namun begitu, masih tidak ada sebarang berita sama ada Zack Snyder akan terlibat secara rasmi.

Ianya dijangkan akan diterbitkan pada hujung tahun ini dalam usaha menyokong gerakan #RestoreTheSnyderVerse

The Rock Kongsi Foto Set Penggambaran Terbaru Filem BLACK ADAM!

Penggambaran filem Black Adam sudah hampir selesai dan kami menjangkakan satu kejutan atau pengumuman bakal berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang ketika kehangatan Comic Con atau jika tidak pun semasa berlangsungnya acara DC FanDome pada bulan Oktober nanti.

Sementara menantikan semua itu berlaku, Dwayne Johnson atau The Rock telah berkongsi foto baru di belakang tabir yang mendedahkan penampakan terbaik kostumnya dari sisi belakang. Jelas kelihatan bahawa kostum itu mempunyai tahap perincian yang sama dengan Shazam yang dibawa oleh Zachary Levi menerusi filem sekuel Shazam!: Fury of the Gods.

Dalam kapsyen foto tersebut, The Rock menulis:

“This image of Black Adam from behind gives you a tactile sense of the absolute massive scale and size of our movie.. and also appropriate destruction. You see, superheroes have a code of justice and don’t kill the bad guys. But, Black Adam does. The hierarchy of power in the DC Universe is changing. The anti-hero. The man in black. The protector of the people.”

Filem Black Adam akan berada di pawagam pada 29 Julai, 2022

 

Pengarah BLACK WIDOW Sahkan Tentang Cameo Iron Man!

Pada kesudahan Captain America: Civil War, Tony Stark memberikan amaran kepada Natasha Romanoff bahawa General Thunderbolt Ross akan menjejaknya jika beliau memutuskan untuk bersama Captain America dan Bucky sekaligus mengelak untuk ditangkap.

Dan dalam filem Black Widow yang sedang ditayangkan kini, jelas Black Widow berkeputusa untuk melarikan diri dan berjaya meloloskan diri daripada Jeneral Ross dengan mudah. Akibatnya, cameo Iron Man yang lama dikhabarkan akan berlaku tidak direalisasikan, yang mengejutkan apabila dikhabarkan secara meluas bahawa watak itu akan muncul.

Ia kemudiannya disahkan hanya sekadar babak yang tidak digunakan untuk filem Civil War.

Berikut merupakan kenyataan rasmi pengarah, Cate Shorland:

“Initially, there was discussions about everything, about all of the different characters. What we decided was, and I think Kevin was really great, that he said: She doesn’t need the boys. We didn’t want it to feel like she needs the support. We want her to stand alone. And she does.”

Walaupun ada kemungkinan bahawa Marvel Studios pernah mempertimbangkan untuk membuka filem tersebut dengan cameo Iron Man cameo, nampaknya keputusan itu dibuat cukup awal untuk tidak bergantung pada nama-nama lebih besar Avengers yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *