LAPORAN BERITA HARI INI | 14 JULAI, 2021

Uncategorized

DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS Bakal Saksikan Tom Hiddleston Kembali Sebagai Loki!

Selama ini ramai yang menyangka bahawa Scarlet Witch adalah individu yang bertanggungjawab memecahbelahkan Multiverse menerusi WandaVision.

Tetapi ternyata hari ini kita semua silap.

Sekarang, segalanya sudah jelas kenapa What If ?, Spider-Man: No Way Home, Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Ant-Man and The Wasp: Quantumania dan beberapa filem atau siri lain yang tidak dijangka boleh muncul tanpa sebab tertentu sebelum ini.

Daripada semua projek tersebut, sekuel Doctor Strange akan menjadi yang paling dinantikan dengan sumber The Hollywood Reporter telah mendedahkan bahawa Tom Hiddleston dikatakan akan muncul semula sebagai Loki. Walaupun Marvel Studios belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, kelibat Loki akan terus dilihat sehingga tahun 2022.

Beberapa tahun akan datang dalam MCU dikatakan akan menjadi sangat radikal bagi semua peminat buku komik malah pihak kami sendiri beranggapan ia boleh diubah dari nama Marvel Cinematic Universe menjadi “Marvel Cinematic Multiverse”.

Pengarah WANDAVISION Dilantik sebagai sutradara baharu filem STAR TREK!

Setelah suskes dengan WandaVision, Matt Shakman kini sah akan menjadi pengarah untuk filem terbaru Star Trek Paramount Pictures.

Beliau telah menandatangani perjanjian untuk mengarahkan filem Star Trek tanpa judul untuk Paramount dan J.J. Abrams ‘Bad Robot, dengan pengeluaran dijadualkan bermula pada tahun hdapan. Lindsey Beer dan Geneva Robertson menulis draf skrip terbaru. Ini akan menjadi percubaan terbaru untuk mendapatkan projek Trek yang baru setelah Quentin Tarantino dan Noah Hawley tidak menjadi.

Shakman juga turut dicalonkan untuk anugerah Emmy awal hari ini untuk Outstanding Directing for a Limited or Anthology Series atau Move untuk karyanya di WandaVision, dan dikatakan telah “memilih Star Trek berbanding beberapa tawaran lain.”

Don Cheadle Bingung Namanya Dicalonkan untuk Anugerah Emmy!

Pencalonan Emmy diumumkan awal hari ini dan Don Cheadle telah berjaya dicalonkan untuk kali ke-11 sepanjang kariernya.

Kali ini dengan kemunculan hanya sepanjang tempoh dua minit untuk siri The Falcon dan The Winter Soldier.

Bintang Avengers: Endgame itu kembali memegang peranan sebagai Kolonel James Rhodes akan War Machine, dalam siri Disney+ tersebut hanya menerusi dua babak.

Don Cheadle mempamerkan mutu lakonan yang hebat tetapi ramai pemerhati agak pelik dan bingung dengan penampilannya yang sangat pendek itu sehinggakan ada pengkritik mengatakan beliau tidak layak untuk pencalonan dalam kategori Outstanding Guest Actor in a Drama Series.

Malam, beliau sendiri turut merasakan hal yang sama! Pelakon itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi di atas pencalonannya dengan Tweet berikut:

thanks, well wishers. sorry, haters. agreed, 🤷🏿‍♂️ers. i don’t really get it either. buuuuuuuuuut on we go …

Walaupun pernah dicalonkan sebanyak 11 kali, Don Cheadle masih belum dapat meraih trofi tersebut hingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *