LAPORAN BERITA HARI INI | 15 JULAI, 2021

Uncategorized

DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS Bakal Jadi Filem Paling Seram Dalam MCU!

Pengarah Doctor Strange, Scott Derrickson sepatutnya menerajui filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness tetapi beliau terpaksa berpisah dengan Marvel Studios kerana “perbezaan kreatif.” Khabarnya beliau inginkan satu versi filem yang sangat seram dengan watak penjahat bernama Nightmare sebagai penjahat utama.

Dan kini Sam Raimi telah telah san dan rasmi megambil alih tempat beliau namun tetap dengan konsep seram.

Dalam satu wawancara baru-baru ini, bintang WandaVision dan juga calon anugerah Emmy, Elizabeth Olsen telah mengeluarkan kenyataan berikut:

“It was really hard. Sam Raimi is lovely, and I got to learn a lot from him. It was odd going from WandaVision and bringing this character to a different film that felt more based in the Marvel films.”

“I felt like I was putting on old shoes. It’s a very scary movie. It’s old Sam Raimi. They’re trying to create the scariest Marvel movie. So there’s that!”

Mungkin terdapat kejutan besar atau sesuatu yang amat  istimewa dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan clue awal mungkin dapat kita lihat dalam filem Spider-Man: No Way Home pada bulan Disember ini.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan dilancarkan di pawagam pada 25 Mac 2022.

TITANS Musim Ketiga Dedahkan Banyak Kejutan Dalam Treler Rasmi Terbaharu!

Teaser ringkas untuk Titans musim ketiga yang akan datang mengisyaratkan bahawa rancangan itu akan mengadaptasi jalan cerita daripada komik “A Death in the Family” yang sangat kontroversi.

Dan dalam penuhnya hari ini, ia nampaknya telah disahkan memang akan berlaku – tetapi dengan beberapa plot twist tersendiri.

Video treler itu memaparkan Jason Todd (Curran Walters) yang dipukul oleh satu individu yang jelas kelihatan seperti Joker.. Kami dimaklumkan bahawa disebabkan peristiwa itulah, Bruce Wayne (Iain Glen) telah bersara sebagai Batman dan memberitahu Dick Graysob (Brenton Thwaites) yang kini Nightwing untuk “menjadi Batman yang lebih baik.”

Namun begitu, jika Todd benar-benar mati, siapakah lelaki di bawah Red Hood kerana di dalam komik Jason Todd adalah Red Hood

 

Tiga episod pertama Titans musim ketiga 3 akan disiarkan menerusi HBO Max pada 12 Ogos 2021.

THE SUICIDE SQUAD Dapat Reaksi Positif dari Pengkritik Filem!

Tayangan khas untuk media bagi filem The Suicide Squad berlangsung semalam dan ia telah diterimab baik oleh pengkritik menerusi entri di media sosial yang dikongsi.

Hadirnya pengarah James Gunn ke DCEU telah mendapat pujian sebulat suara, dengan filem R rated itu disebut sebagai filem DCEU terbaik oleh beberapa pihak. Mutu lakonan bintang seperti Idris Elba (Bloodsport), Margot Robbie (Harley Quinn) dan David Dastmalchian (Ploka Dot Man) dipilih sebagai antara yang menyinar.

Semua nampaknya sepakat bahawa James Gunn mencapai apa yang dia ingin lakukan selama ini dengan menyampaikan filem ultra-ganas tetapi menghiburkan.

Tiada sebarang komen negatif untuk The Suicide Squad sama sekali buat masa inii.

Walaupun kami yakin filem ini hebat, jarang sekali reaksi awal seperti ini berlaku.

The Suicide Squad is set to premiere on HBO Max and in theaters on August 6.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *