LAPORAN BERITA HARI INI | 16 JULAI, 2021

Uncategorized

Marvel Studios Adakan Mesyuarat Tergempar Tetapkan Garis Panduan Multiverse!

Loki telah secara rasmi memperkenalkan Marvel Cinematic Multiverse dan kemungkinan dari sini wujudlah 1001 kemungkinan.

Sekilas imbas, impak dan kesan seterusnya bakal terlihat menerusi siri What If ?, diikuti oleh filem seperti Spider-Man: No Way Home dan Doctor Strange in the Multiverse of Madness pada tahun hadapan.

Dalam satu wawancarapodcast D23 Inside Disney hari ini, Presiden Marvel Studios Kevin Feige mendedahkan bahawa semua pihak yang terbabit dalam perancangan MCU fasa seterusnya telah mengadakan perjumpaan tergempar untuk membincangkan peraturan Multiverse.

Menurut beliau:

“[The] Multiverse is coming up in a big way. There’s interconnectivity there that people have already started to see and suss out and I had a meeting this morning with the whole broad Marvel Studios team going through the Multiverse and the rules of the Multiverse and exactly how to really deliver on the excitement surrounding the Multiverse. In the same way, the Multiverse is something we geek out about and we really love all the storytelling potential it brings, but thought we had to dull out what it was and introducing the concept even briefly in Doctor Strange and then as a fakeout in Spider-Man: Far From Home,”

Apabila difikirkan semula, ramai yang boleh dengan mudah menjadi bingung. Loki, Marvel Cinematic Universe atau Multiverse tidak akan sama dan serupa lagi seperti sebelumnya.

Komik BATMAN ’89 Dedahkan Pandang Pertama Two-Face dan Robin versi Burtonverse!

The Flash bakal memperlihatkan apakah yang terjadi pada Batman dan Bruce Wayne lakonan Michael Keaton beberapa dekad setelah kali terakhir muncul dalam filem Batman Returns tahun 1992. Walau bagaimanapun, komik ‘Batman ’89 berjanji untuk meneruskan kisah berdasarkan kesinambungan atau konti Batman Returns karya tulisan Sam Hamm bersama-sama penulis skrip dua filem asal dan pelukis Joe Quinones.

Sepanjang siri mini enam isu yang akan mula berada di pasaran pada 10 Ogos nanti, kita juga bakal didedahkan dengan kelibat sulung Harvey Dent versi lakonan Billy Dee Williams berubah menjadi Two-Face dan juga kemunculan Robin yang baharu.

Kami tidak tahu sama ada jalan cerita ini akan menjadi rasmi dan digunapakai untuk semua terbitan DC Comics atau apakah ia terus diterap dalam filem solo The Flash dengan cara apa sekali pun, tetapi yang pasti ianya amat menggembirakan peminat DC Comics.

DARK AVENGERS Dikhabarkan Akan Buat Kemunculan Dalam MCU!

Kita telah melihat watak Contessa Valentina Allegra De Fontaine lakonan Julia Louis-Dreyfus dalam dua projek Marvel Studios: The Falcon and The Winter Soldier dan yang terkini Black Widow.

Dalam filem Black Widow, beliau kelihatan merekrut Yelena Belova untuk menumbangkan Hawkeye dan dalam masa yang sama bertanggungjawab menawarkan John Walker misi dan matlamat baharu malah menggelarkannya U.S Agent dalam kesudahan The Falcon and The Winter Soldier.

Sudah pasti ramai merasakan bahawa ini semua akan bakal membentuk satu pasukan.

Malah para peminat seolah-olah yakin bahawa Dark Avengers mungkin sedang direncakan Marvel Studios walaupun tanpa Norman Osborn menerusi komik asalnya. Contessa Valentina Allegra De Fontaine mempunyai hubungan kuat dengan HYDRA dan dirasakan seperti pilihan terbaik untuk tujuan tersebut andai semua spekulasi itu benar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Marvel Studios Kevin Feige mengesahkan bahawa “memang ada satu rancangan besar sedang dilakukan oleh beliau.”

“[The] notion of bringing her into the world was always something, if we could find the right thing, was something we wanted to do. And when this role came about and the opportunity to have her in [Black] Widow, and [The] Falcon [and the Winter Soldier], and maybe in some other things coming up.”

“[Julia Louis-Dreyfus] was totally on board and really into it. So it’s an amazing addition to the world, and I look forward to people being surprised by just where she’ll show up next.”

Sukar untuk mengatakan siapa lagi yang boleh menyertai Dark Avengers tetapi Abomination boleh menjadi pertaruhan paling selamat. Selepas itu, Val dirasakan hanya perlukan Iron Mannya sendiri dan kami akan memerhatikan perkembangan tersebut menerusi siri Armor Wars.

Selain Dark Avengers, ramai juga meramalkan kemuncunlan Young Avengers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *