Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 16 OGOS 2021

Emma Stone Tandatangani Kontrak Baharu Disney untuk sekuel CRUELLA!

Pemenang Anugerah Akademi, Emma Stone telah pun mengikat perjanjian baharu untuk kembali beraksi untuk sekuel Cruella terbitan Walt Disney Studios di bawah pengarah Craig Gillespie dan penulis skrip Tony McNamara.

Perkembangan terbaru ini dianggap sebagai satu petanda positif kerana studio tersebut kini dalam proses meneruskan usaha mereka untuk kembali memperbaiki hubungan berikutan tuntutan saman Scarlett Johansson dan beberapa pelakon ternama lain.

Perjanjian pelakon itu dikatakan akan menguntungkan kedua-dua belah pihak dengan ejen Emma Stone, Patrick Whitesell berkongsi kenyataan berikut:

“While the media landscape has been disrupted in a meaningful way for all distributors, their creative partners cannot be left on the sidelines to carry a disproportionate amount of the downside without the potential for upside. We are hopeful that this will open the door for more members of the creative community to participate in the success of new platforms.”

Setelah Scarlett Johansson mengenakan tuntutan saman, ada beberapa laporan yang wujud kononnya Emma Stone akan membuat perkara sama setelah Cruella juga diberi laluan untuk tayanga di pawagam dan Disney+ Premier Access secara serentak. Namun, kini nampaknya Disney dapat menyelesaikan masalah tersebut sebelum ia menjadi lebih kritikal.

 


James Gunn dan Margot Robbie Runding Projek Filem Terbaru DCEU!

Pengarah Suicide Squad, James Gunn dan bintang utama Margot Robbie sama-sama menyatakan betapa mereka amat senang dan suka bergandingan menghasilkan filem dalam wawancara baru-baru ini. Ia telah menimbulkan spekulasi bahawa mereka mungkin sedang merancang untuk berkolaborasi dengan satu projek DC Comics yang akan datang.

Satu ketika dulu, filem Gotham City Sirens kedengaran sedang dalam fasa pra-produksi di Warner Bros. oleh pengarah Suicide Squad asal (2016), David Ayer. Tetapi pihak studio akhirnya memutuskan untuk menghasilkan Birds of Prey sebagai ganti. Banyak peminat masih berharap dapat melihat penampilan aksi hidup Poison Ivy dan Catwoman yang terkini dalam DCEU. Dan nampaknya James Gunn akan menjadi individu terbaik untuk projek itu.

Sayangnya, ia tidak tersenarai dalam senarai projeknya yang akan datang.

Menjawab kepada peminat yang agak bersemangat di Twitter, pengarah itu mengesahkan bahawa dia dan Margot Robbie telah berunding untuk bekerjasama lagi tetapi bukan filem Gotham City Sirens.

James Gunn akan kembali ke MCU untuk Guardians of the Galaxy Vol. 3 untuk penggambaran yag akan bermula sebelum akhir tahun ini.

 


Johnny Depp Dakwa Hollywood Cuba Boikot Kariernya!

Semalam, Johnny Depp dilaporkan dia telah disenarai hitam oleh banyak studio Hollywood berikutab kes mahkamah dengan bekas isterinya, Amber Heard.

Menurut beliau kepad pihak media:

“Some films touch people and this affects my latest film, Minamata which experience so many similar things. And for Hollywood’s boycott of me? One man, one actor in an unpleasant and messy situation, over the last number of years?”

Tahun lalu, Johnny Depp telah kalah dalam satu kes fitnah terhadap tabloid Britain, The Sun kerana sebuah artikel di mana penerbitan itu menyebut pelakon itu sebagai seorang “pendera isteri.”

Selain rayuannya ditolak, beliau sebelum itu terpaksa berundur keluar dari francais Fantastic Beasts and Where to Find Them. Dan terkini, pihak studio MGM memutuskan untuk membekukan sementara tayangan filem Minamata yang diarahkan Andrew Levitas.

Diarahkan oleh Andrew Levitas, Minamata yang dibintangi Johnny Depp sebagai jurnalis fotor bernama W. Eugene Smith mengisahkan bagaiman watak utama itu telah membantu mendokumentasikan dan mendedahkan kesan keracunan raksa di Jepun pada tahun 1970an.

Filem ini masih belum lagi mendapat tarikh tayangan rasmi sehingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.