LAPORAN BERITA HARI INI | 17 JULAI, 2021

Uncategorized

Hugh Jackman Beri Respon Ketibaan Deadpool ke dalam MCU!

Hugh Jackman dan Ryan Reynolds seperti yang ramai sedia maklum telah dengan sengaja mewujudkan satu persaingan sihat sejak bertahun-tahun lamanya.

Dan kini bintang filem Logan itu telah bertindak balas terhadap seterunya yang beraksi sebagai Deadpool ketika watak kegemaran ramai membuat penampilan tidak rasminya ke dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Ryan Reynolds baru-baru ini berkongsi sebuah video yang memberikan respon serta ulasan untuk treler baharu Free Guy bersama Korg lakonan Taika Waititi dengan satu caption di media sosial yang tertulis:

“DP is officially in the MCU! He’s starting with reaction videos, then some social influencer work, then onto some appearances all leading up to some after-credit work by 2030.”

Hugh Jackman kemudiannya tanpa membuang masa telah menulis dalam ruangan komen dengan kenyataan:

“Wow! 4:12 minutes and no mention of me at all. DP your therapy is working!!!”

Sudah tentunya, perkara tersebut bukanlah benar-benar menandakan penampilan MCU pertama Wade Wilson atau Deadpool tetapi itu dijangka akan berlaku mungkin semasa pengumuman Deadpool 3.

Marvel Studios 3 tahun lalu telah dengan rasmi membeli dan memiliki seluruh aset perniagaan 20th Century Fox dengan ramai peminat masih mengharapkan kemunculan semula Hugh Jackman sebagai Wolverine bertemu dengan Deadpool.

Dengan adanya jalan cerita berkonsepkan Multiverse yang kini sudah rasmi, apa sahaja yang mungkin berlaku!

INDIANA JONES 5 Bakal Tampilkan Antonio Banderas untuk Satu Watak Misteri!

Indiana Jones 5 arahan James Mangold yang kini masih dalam proses penggambaran telah menamakan Antonio Banderas (Desperado, Shrek) sebagai tambahan bintang baharunya.

Belum ada sebarang pengumuman tentang nama watak yang akan dimainkannya. Antonio Banderas bakal bergabung dengan nama-nama besar lain dalam filem tersebut seperti fPhoebe Waller-Bridge (Fleabag, Solo: A Star Wars Story), Shaunette Renee Wilson (Black Panther) dan Mads Mikkelsen (Another Round, Doctor Strange) yang dipercayai akan berperanan sebagai penjahat utama.

Teraju Utama Harrison Ford baru-baru ini telah mengalami kecederaan bahu ketika menjalani latihan babak pertarungan dan tidak dijangka akan kembali ke set penggambaran sekurang-kurangnya seminggu lagi.

John Williams akan kembali sebagai komposer dengan Kathleen Kennedy, Steven Spielberg, Frank Marshall dan Simon Emanuel berperanan sebagai penerbut bersama.

Indiana Jones 5 akan memasuki pawagam pada tanggal 29 Julai 2022.

Treler dan Poster Rasmi Siri Baharu CHUCKY untuk Saluran SyFy Kini Tular!

Filem remake Child’s Play baru-baru ini sebenarnya mendapat respon yang cukup baik dan positif tetapi peminat francais asal pastinya akan berasa sangat gembira dengan berita bahawa pelakon Chucky asal Brad Dourif akan kembali untuk sebuah cerita bersiri tidak lama lagi.

Dengan tayangan menerusi saluran SyFy, siri spin-off tersebut akan menyaksikan Brad Dourif kembali dengan lakon suara watak popular itu dan akan disertai oleh Jennifer Tilly sebagai Tiffany yang juga popular dalam filem Bride of Chucky.

Treler acah sulungnya yang tular hari ini memberikan kita gambaran tepat tentang kelibat Chucky malah reka bentuk boneka puaka itu hampir sama dengan yang asli.

Menurut kata pencipta francais, Don Mancini:

“The main character is a 14-year-old gay boy who’s bullied and sort of lost after the recent death of his mother. He’s a young artist [making] sculptures with doll parts. He finds Chucky at a yard sale and buys him, but it turns out that he gets much more than he bargained for. One of the things I wanted to do was bring the franchise back to its Child’s Play roots and have the protagonists be kids. But since, with the first couple of movies, we’d already delved into having little kids I wanted to explore something different, so this time we’re exploring young teenagers.”

Turut membintangi siri ini nanti adalah Lexa Doig (Jason X), Devon Sawa (Final Destination), Fiona Dourif, Alex Vincent dan Christine Elise.

Chucky akan disiarkan bermula 12 Oktober 2021 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *