Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 17 OGOS 2021

SNAKE EYES: G.I. JOE ORIGINS Ditayangkan Secara Digital Mulai Esok!

Paramount Home Entertainment hari ini dengan secara rasmi telah mengumumkan bahawa filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins akan ditayangkan menerusi Digital HD dan PVOD esok sebelum ditawarkan dalam Ultra HD 4K, Blu-ray, dan DVD pada 19 Oktober nanti.

Ia akan turut menawarkan sebuah filem pendek eksklusif mengenai pedang legenda Snake Eyes, Morning Light serta babak-babak bonus dan video belakang tabir pembikinan filem tersebut.

Selain watak utama yang berasal dari Malaysia, Henry Golding sebagai Snake Eyes, beliau turut dibantu oleh Andrew Koji sebagai Storm Shadow, Úrsula Corberó sebagai Baroness, Samara Weaving sebagai Scarlett, Haruka Abe sebagai Akiko, Takehiro Hira sebagai Kenta, Peter Mensah sebagai Blind Master dan Iko Uwais sebagai Hard Master.

 


Treler Rasmi SPIDER-MAN: NO WAY HOME Bakal Didedahkan semasa CinemaCon ’21?

Kita sebenarnya masih menunggu pengumuman rasmi mengenai treler sulung Spider-Man: No Way Home dan ketika spekulasi terus menular hari demi hari, semakin banyak khabar angin mula tersebar.

Dalam salah satu laporan itu, ada yang mendakwa treler tersebut akan hadir semasa CinemaCon ’21 minggu hadapan tetapi tidak akan dikongsi dan disiarkan secara terbuka di atas talian. Sudah tentu dengan treler yang dinanti-nantikan ini, pastinya ada individu yang akan merakamnya dan membocorkannya secara online.

Persoalan besarnya, apakah kemungkinan laporan ini adalah tepat?

Walau apa pun keadaannya, kami yakin bahawa pihak Sony Pictures akan muncul dalam acara itu dan menyatakan sesuatu kelak.

Walaupun perincian plot filem masih belum diketahui, Spider-Man: No Way Home akan menampilkan semula Alfred Molina sebagai Doctor Octopus dan Jamie Foxx sebagai Electro bersama dengan Benedict Cumberbatch yang juga akan muncul sebagai Doctor Strange.

Tobey Maguire dan Andrew Garfield turut dijangka akan kembali merancakkan lagi jalan cerita filem tersebut.

 


VENOM: LET THERE BE CARNAGE Bakal Tampilkan Cameo J.K Simmons?

Filem Venom: Let There Be Carnage baru-baru ini telah ditangguhkan beberapa minggu lagi oleh Sony Pictures.

Terkini, ia telah disahkan bahawa sekuel itu akan hadir di pawagam pada 15 Oktober dengan kemunculan J.K. Simmons. Dia dikatakan turut akan muncul dalam filem Morbius dana berfungsi sebagai elemen penghubung untuk apa yang berlaku di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) untuk semua jalan cerita yang melibatkan watak Spider-Man.

Persoalannya, adakah J.K Simmons akan berperanan semula sebagai J. Jonah Jameson sama seperti yang kita lihat di dalam filem Spider-Man: Far From Home?

Itu mungkin persoalan yang hanya boleh dijawab bila kita dapat menontonnya pada bulan Disember kelak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.