LAPORAN BERITA HARI INI | 18 JULAI 2021

Filem, Komik, Televisyen, Terkini

📌 Siri OBI-WAN KENOBI Bakal Tampilkan Watak Leia Organa!

Seorang pelakon baharu dilaporkan telah dipilih untuk memainkan peranan sebagai Leia Organa dalam siri Star Wars Disney+, Obi-Wan Kenobi.

Vivien Lyra Blair rasmi akan mengambil tanggungjawab tersebut yang cukup terkenal dengan menerusi lakonan luar biasanya dalam Bird Box dan We Can Be Heroes. Walaupun butiran plot cerita untuk Obi-Wan Kenobi masih dirahsiakan sehingga kini, ianya akan merapatkan jurang peristiwa di antara filem prekuel Star Wars (1999-2005) dan Star Wars: A New Hope (1977) di mana Panglima Jedi itu bersembunyi dan mengasingkan diri di Tatooine selama ini. Sepanjang kembaranya, dia juga menjadi mentor untuk Luke Skywalker yang turut memulakan pengembaraannya sendiri untuk menjadi Panglima Jedi.

Obi-Wan Kenobi akan menampilkan kepulangan Ewan McGregor sebagai watak utama dan juga Hayden Christensen sebagai Anakin Skywalker. Bintang lain yang diumumkan setakat ini termasuk Joel Edgerton, Moses Ingram, Bonnie Piesse, Kumail Nanjiani dan Benny Safdie. Siri ini akan ditayangkan di Disney+ bersama dengan beberapa siri Star Wars lain yang turut sama dibangunkan tanpa sebarang tarikh tayangan rasmi.

 


📌 Foto Belakang Tabir Filem Solo THE FLASH Dedahkan Supergirl, Batmobile, Batcave dan Banyak Lagi!

Berikutan video promo yang telah dibocorkan bulan lalu, hari ini beberapa foto daripada penggambaran ujian rasmi untuk filem solo The Flash arahan sutradara Andy Muschietti turut tertiris.

Foto-foto itu menampilkan kelibat Sasha Calle sebagai Supergirl, Ezra Miller sebagai Barry Allen, Batmobile klasik dan apa yang kelihatan seperti set Batcave!

Perincian plot untuk filem tersebut masih belum dapat dipastikan secara rasmi tetapi ia dijangka akan mengambil sedikit sebanyak seta dipengaruhi oleh komik Flashpoint.

Selain Sasha Calle dan Ezra Miller, bintang handalan lain yang turut hadir adalah Michael Keaton, Ben Affleck dan juga Kiersey Clemons yang akan mengulangi peranannya sebagai Iris West.

Flash kini sedang menjalankan penggambaran di UK dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 4 November, 2022.

 


📌 Jameela Jamil Rasmi Muncul Sebagai Titania dalam Siri SHE-HULK!

Pelakon Jameela Jamil yang popular menerusi The Good Place, The Misery Index dan Legendary hari ini disahkan rasmi akan memegang watak penjahat bernama Titania dalam siri Disney+ She-Hulk.

Versi Titania ini dikatakan adalah satu watak “ikon media sosial ala Kardashian berusia 30an dengan sisi gelap.” Jelas ini akan menjadi jelmaan begitu berbeza bagi Mary McPherran menerusi komik yang diberikan kekuatan dan kuasa luar biasa oleh Doctor Doom dalam komik Secret Wars (1984-1985).

Jameela Jamil bakal berantakan dengan Tatiana Maslany (Orphan Black) sebagai Jennifer Walters, Renée Elise Goldsberry sebagai Amelia, Mark Ruffalo sebagai Bruce Banner/Hulk, Tim Roth sebagai Abomination dan Ginger Gonzaga sebagai Jill Stevens.

Ia bakal disiarkan pada tahun 2022 sebanyak 10 episod.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *