Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 18 OGOS 2021

The Mandalorian Musim Ke-3 Bakal Mulakan Penggambaran Tidak Lama Lagi!

Bintang siri Disney+ dan Lucasfilm The Mandalorian, Carl Weathers telah mengesahkan bahawa musim ketiga siri Star Wars yang sangat dinantikan itu akan memulakan penggamaran bulan hadapan.

Beliau yang berperanan sebagai Greef Karga mendedahkan perkara tersebut semasa penampilan di Steel City Con, Amerika Syarikat.

Menurutnya dalam satu kenyataan:

“So now, we’re gonna start a new season of The Mandalorian within the next month. “

Selain mengulangi peranan sebagai Greef Karga, beliau juga sekali lagi akan duduk di kerusi pengarah untuk The Mandalorian. Carl Weathers sebelum ini pernah mengarahkan episod “The Siege,” episod ke-4 dan episod ke-12 Musim Kedua siri tersebut.

The Mandalorian Musim Ketiga akan tiba pada tahun 2022, manakala siri spinoff The Book of Boba Fett yang telah digambarkan sebagai The Mandalorian Musim 2.5 akan hadir hujung tahun ini.

 


Penulis Komik Veteran Percaya Marvel Studios Akan Hasilkan SECRET WARS!

Tiada apa-apa yang telah direncanakan oleh Marvel Studios untuk Avengers berikutan kesudahan Avengers: Endgame pada tahun 2019.

Tetapi adaptasi komik Secret Wars nampaknya tidak dapat dielakkan lagi. Sama ada ia mungkin serupa dengan jalan cerita asal atau yang mengambil inspirasi dari versi terbaharu tulisan Jonathan Hickman, kedua-duanya masih revelan.

Penulis veteran dan asal Secret Wars, Jim Shooter baru-baru ini tampil di konvensyen Megacon dan ditanya sama ada dia berpendapat versinya akan direalisasikan.

Beliau mendakwa ‘seseorang’ dari Marvel baru-baru ini menawarinya USD$10,000 untuk menulis novel Secret Wars sebelum memohon untuk mendapatkan hak cerita:

“This one person called me from Marvel. He wasn’t an editor but some executive of property management which was a little odd. He asked me if I wanted to write a novelization of Secret Wars.”

Penulis itu turut menambah bahawa beliau juga turut dihantar kontrak retroaktif yang ditolaknya di mana Naib Presiden Operasi, Perolehan dan Penerbitan Marvel Entertainment, David Bogart menghubunginya untuk memohon maaf.

 


Treler Rasmi Baharu ETERNALS Akan Hadir Esok!

Oleh kerana treler pertama untuk Eternals tidak banyak memberikan kita banyak plot untuk filem ini, para peminat Marvel telah dengan sabar menantikan treler seterusnya.

Hari ini, kita mendapat maklumat  bahawa treler kedua akan dilancarkan lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Filem Fasat Ke-4 Marvel Studios ini akan dibintangi Richard Madden sebagai Ikaris, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gilgamesh, Barry Keoghan sebagai Druig dan Angelina Jolie sebagai pahlawan hebat Thena. Kit Harrington dari Game of Thrones juga akan tutur muncul sebagai Dane Whitman atau lebih popular menerusi komik sebagai Black Knight.

Eternals akan ditayangkan pada 4 November, 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published.