Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 19 OGOS 2021

Siri TV STAR WARS Disney+ Baharu Dilaporkan Beri Fokus kepada Watak Finn!

John Boyega tidak pernah menyembunyikan pendapatnya bahawa dia tidak senang dengan cara Finn dipersembahkan dalam Star Wars: The Rise of Skywalker.

Namun begitu, pelakon tersebut dilaporkan telah bertemu dengan Presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy untuk membincangkan tentang projek Star Wars baharu dan apakah mungkin ia satu siri di dalam Disney+?

Ia dikatakan akan memberikan fokus kepada kisah Finn sebelum dia menganggotai First Order dan apa yang terjadi kepadanya berikutan peristiwa Episode IX. Kami menramalkan ia akan menumpukan kepada latihannya atau mungkin sebagai seorang Jedi setelah terbukti watak itu adalah ‘Force Sensitive’.

Apapun berlaku, kita harus mengambil sikap tunggu dan lihat apa yang akan berlaku walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah idea yang sangat berpotensi besar.

 


VENOM: LET THERE BE CARNAGE Mungkin Ditangguh Lagi!

Setelah lebih lapan belas bulan menangani pandemik, tidak hairanlah ramai di antara kita tidak pasti sama ada akan kembali ke pawagam atau tidak.

Walaupun segalanya serba berkemungkinan, kemunculan varian Delta COVID-19 telah memberi kesan yang signifikan terhadap keyakinan penonton filem. Dan oleh sebab itu juga kita dapat melihat banyak filem kurang memberangsangkan di box office pada musim panas ini.

Terkini, filem Venom: Let There Carnage juga telah terkena kesannya apabila dipinda tayangannya dari 24 September ke 15 Oktober 2021.

“If I knew six weeks ago what I know now, I would have moved everything as far out as early next year,” kata seorang eksekutif studio.

Filem seperti Eternals dapat dengan mudah berpindah ke Premium Access Disney + Premier tetapi untuk banyak blockbuster yang lain seperti Spider-Man: No Way Home misalnya, kita ada berkemungkinan terpaksa menunggu lebih lama.

 


Treler Rasmi dan Terakhir ETERNALS Akhirnya Dedahkan Kelibat Celestials dan Deviants!

Bercakap tentang Eternals, filem tersebut telah hadir dengan sebuah treler baharu hari ini dan nampak seperti sebuah naskah yang belum pernah kita lihat dari Marvel Studios sebelum ini.

Dengan penampakan sulung Deviants termasuk Kro sebagai antagonis utama dan juga Celestials, filem terbaharudari pengarah pemenang Oscar Chloe Zhao ini dijangka sarat dengan kejutan. .

Eternals bakal hadir sebagai satu susur cerita yang sangat istimewa dan akan mempunyai kesan besar untuk MCU bergerak ke hadapan dengan pengenalan watak-watak popular seperti Galactus dan juga watak-watak mutan yang terikat dengan Celestials dan Eternals.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam awal November nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.