Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 2 OGOS 2021

Foto Set Penggambaran SPIDER-MAN: NO WAY HOME Dedah Kelibat Spider-Man & Doctor Strange Di Perkarangan Sanctum Sanctorum!

Peminat kini hampir hilang akal kerana treler Spider-Man: No Way Home masih belum dilancarkan.

Dengan tarikh tayangan rasmi pada 17 Disember telah pun ditetapkan, ini merupakan satu strategi promosi dan publisiti yang bukan kelaziman malah luar biasa untuk mana-mana karya Hollywoood.

Namun begitu, sekeping foto dari set penggambaran yang bocor memaparkan pandangan pertama yang eksklusif Spider-Man di hadapan kediaman Doctor Stephen Strange iaitu Sanctum Sanctorum.

Seandainya kita perlu terus berteka-teki, ini mungkin salah satu usaha Peter Parker atau Spider-Man meminta bantuan Doctor Strange mengubah kembali takdirnya kerana pendedahan identiti beliau secara terbuka dalam filem terdahulu.

 


Penulis dan Pelukis Komik adaptasi filem OLD M. Night Shyamalan Kongsi Dua Idea Sekuel!

Dalam masa kurang dari sedekad, dua komik terbitan Perancis, Le Transperceneige dan Sandcastle telah menghadirkan dua filem bergenre sangat unik iaitu Snowpiercer arahan Bong Joon-Ho dan Old arahan M. Night Shyamalan’s Old.

Snowpiercer menerima siri susulan di TNT selepas kejayaan filemnya manakla Old mungkin mendapat peluang sama jika ada permintaan yang menggalakkan,

Bercakap dengan pihak media, penulis dan pelukis komik Sandcastle, Pierre Oscar Lévy mendedahkan bahawa dia mempunyai sekurang-kurangnya dua idea sekuel yang akan mengembalikan pembaca ke pantai yang cukup misteri itu.

“I have had a sequel written for a while that takes place 40 years after Sandcastle and a third installment that takes place even further after that,”

Old kini sedang ditayangkan di pawagam terpilih seluruh dunia dan merupakan filem ke-14 oleh M. Night Shyamalan.

 


Filem Animasi FLASH GORDON Arahan Taika Waititi Kini Akan Menjadi Live Action!

Dua tahun lalu, Taika Waititi telah dilantik untuk mengadaptasi filem animasi Flash Gordon. Tetapi dalam satu wawancara baru-baru ini menjelang pelancaran filem Jungle Cruise, penerbit John Davis memberitahu pihak media bahawa projek itu kini sedang dikembangkan sebagai filem live action.

Menurutnya:

“Taika is writing it. It was a movie that was a huge influence on him growing up. It is one of his favorite movies. He initially said to me, ‘Let’s do it animated.’ and I said, ‘Okay.’ Then we got into it and started developing it and he said, ‘No, let’s do it live-action.’ I said, ‘Even better.'”

Flash Gordon adalah berdasarkan komik tahun 1930-an yang dilukis oleh Alex Raymond untuk bersaing dengan watak komik yang lebih popular iaitu Buck Rogers. Siri komik itu mengikuti pengembaraan Flash Gordon, seorang pemain polo yang tampan berkelulusan Universiti Yale dan rakannya Dale Arden serta Dr. Hans Zarkov yang tersesat ke planet Mongo di mana mereka berhadapan dengan Maharaja Kejam, Ming the Merciless.

Komik ini pernah difilemkan tahun 1980 yang dibintangi oleh Sam J. Jones sebagai watak utama dan Max Von Sydow sebagai Ming the Merciless.

Terdapat juga siri televisyen Flash Gordon TV yang ditayangkan menerusi Saluran Sci-Fi pada tahun 2007.

Hollywood telah berusaha untuk melancarkan semula Flash Gordon dengan Mark Wahlberg kali terakhir dikhabarkan akan memegang peranan tersebut pada tahun 2012. Walaupun Taika Waititi sudah rasmi dipilih untuk mengarahkan sebuah filem Star Wars baru yang belum bertajuk, projek Flash Gordon ini tetap menjadi keutamaannya selepas selepas Thor: Love and Thunder kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.