Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 20 OGOS 2021

Oscar Isaac Dedah Rasa Kecewa terhadap Marvel Sebelum Sertai MCU!

Oscar Isaac pernah menyatakan kekecewaannya tentang cara Poe Dameron dipersembahkan dalam sekuel Star Wars.

Jadi keputusannya untuk menyertai Marvel Cinematic Universe pastinya amat  mengejutkan peminat. Ramai yang mengesyaki dia akan mengelak dari terlibat dengan sebarang francais blockbuster untuk sementara waktu tetapi jelas ada sesuatu tentang Moon Knight yang menarik perhatian pelakon tersebut.

Bercakap kepada pihak media pada hari ini:

“Every morning, the alarm goes off and I can’t wait to get to work. We’re having such a great time.”

Sudah tentu, ramai sedia maklum bahawa beliau pertama kali menyertai Marvel sebagai Apocalypse untuk filem X-Men: Apocalypse. Walaupun pelakon itu memilih kata-katanya dengan teliti, beliau mendedahkan rasa tidak senangnya memakai solekan prostetik sambil mengimbau perbezaan bekerja untuk Fox dan Marvel Studios.

“It’s not so much about the genre of things. It’s the people. So with this – I love the people involved. I thought there was an incredibly unusual story to tell within the world of the superhero language and to have a lot of creative collaboration with the rest of the people making it.”

Komen di atas memberikan pertanda baik untuk Moon Knight yang akan tiba di Disney+ pada akhir tahun 2022.

 


Will Smith Beri Alasan Tolak Tawaran THE MATRIX!

Sudah diketahui umum bahawa Will Smith pernah ditawarkan watak Neo dalam The Matrix sebelum Keanu Reeves.

Hari ini bintang Bad Boys For Life itu telah menjelaskan mengapa dia menolak tawaran itu dalam satu video lucu menerusi YouTube.

Dalam video itu, Will Smith mengimbas kembali pertemuan dengan Lana (yang ketika itu dikenali sebagai Larry) dan Lilly (yang ketika itu juga dikenali sebagai Andy) Wachowski. Walaupun beliau melabel pengarah tersebut sebagai “genius” namun sama sekali tidak menarik perhatiannya dan dia memutuskan untuk beraksi dalam filem Wild Wild West dalam tahun yang sama.

Mungkin ia bukan langkah yang terbaik tetapi seperti yang diakui Will Smith, The Matrix akan menjadi filem yang sangat berbeza jika beliau menerima peranan itu. Malah, Val Kilmer turut ditawarkan untuk watak Morpheus dan bukannya Laurence Fishburne jika beliau bersetuju!

Wachowski Bersaudara baru-baru ini kembali menerajui filem The Matrix keempat yang masih belum diberi judul malah masih dijadualkan untuk tayangan pada bulan Disember ini.

 


Presiden Marvel Studios Jelas Kelewatan Treler Rasmi SPIDER-MAN: NO WAY HOME!

Kami baru-baru ini ada melaporkan mengenai khabar angin bahawa treler untuk Spider-Man: No Way Home mungkin akan dilancarkan semasa Cinema-Con minggu depan.

Akan tetapi, ia masih belum dapat disahkan dan kami sama sekali tidak mempunyai sebarang kemas kini rasmi mengenai filem tersebut sejak sekian lama.

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige yang kini sedang sibuk mempromosikan Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings terus-menerus telah menjadi sasaran pihak media serta tidak dapat mengelak dari pertanyaan samal. Walaupun tiada sebarang pengumuman besar, belau sebenarnya sedang mempertimbangkan “kerahsiaan” yang dirasakan perlu untuk filem itu.

Menurut beliau:

“Honestly, I’ve seen the fever online. It has not necessarily occurred to me that it is any more or less secret than any of our other projects. I think all of our projects… we want to preserve surprises. That’s all the secrecy is for.”

Itu mungkin alasan yang revelan tetapi filem Spider-Man: No Way Home bakal ditayangkan kurang empat bulan lagi. Jadi ini merupakan satu situasi yang agak luar biasa dan belum pernah berlaku dalam sejarah Hollywood moden.

Namun yakinilah dan percayalah bahawa andainya treler itu muncul, pihak KEDAIKOMIKONLINE.COM akan membuat ulasan secara besar-besaran serta eksklusif sempena tayangannya pada 17 Disember nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published.