Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 21 OGOS 2021

Pandang Pertama Filem PETER PAN AND WENDY Dedahkan Watak Utama Alexander Molony & Ever Anderson!

Sudah lama kami tidak mendengar berita terkini mengenai filem Peter Pan & Wendy. Hari ini, beberapa foto baharu dari set penggambaran telah memperlihatkan pandangan pertama watak lakonan Alexander Molony dan Ever Anderson dengan kostum penuh.

Sekali imbas, ia jelas kelihatan seperti pakaian klasik Peter dan Wendy sama seperti filem animasi asal yang mendapat sentuhan pengarah The Green Knight, David Lowery.

Dalam wawancara bersama pihak media baru-baru ini, sutradara filem itu menggambarkan filemnya sebagai The Revenant versi untuk kanak-kanak dan seisi keluarga dan dijangka jauh lebih konvensional daripada pendekatan filem DIsney yang biasa kita lihat.

Peter Pan dan Wendy juga turut dibintangi Jude Law sebagai Captain Hook, Yara Shahidi sebagai Tinker Bell, Molly Parker sebagai Mrs. Darling dan Alan Tudyk sebagai Mr. Darling.

Filem ini pada pada peringkat awal dirancang sebagai sebagai satu naskah eksklusif Disney+ tetapi ada kemungkinan ia bakal mendapat kelulusan untuk tayangan di pawagam.

 


Siri Disney+ ARMOR WARS Pilih Yassir Lester sebagai Penulis Skrip!

Banyak sumber media hari ini melaporkan bahawa pihak Marvel Studios telah melantik Yassir Lester sebagai penulis utama untuk siri Armor Wars Disney+ yang akan datang.

Ia akan menyaksikan calon Anugerah Akademi Don Cheadle mengulangi peranannya sebagai Colonel James Rhodes/War Machine.

Penulis tersebut yang lebih terkenal sebagai seorang pelakon dan penulis skrip komedi yang berbakat (termasuk banyak perkongsian Twitter yang cukup lucu) adalah pilihan yang terinspirasi untuk siri ini kerana ia akan menjadi satu projek superhero lain daripada pernah kita tonton sebelum ini.

Lebih menarik, Don Cheadle merupakan teman sejawatnya semasa berkhidmat sebagai salah satu penulis utama dan penerbit eksekutif ketika bersama dalam saluran Showtime pada tahun 2019.

Tiada butiran terkini tenang bila siri ini akan dilancarkan tetapi penggambaran dijangka akan bermula sebelum akhir tahun ini atau mungkin awal 2022.

Manakala itu, perincian plot dan cerita juga masih belum rasmi namun laporan sebelum ini mengatakan bahawa pengorbanan Tony Stark lakonan Robert Downey Jr. dalam Avengers: Endgame akan memainkan peranan utama dalam menggerakkkan siri ini sambil juga menjelajah sisi baharu Colonel James Rhodes sebagai War Machine,

siri ini akan menjadi sebahagian daripada Fasa 4 Marvel Cinematic Universe.

 


Josh Brolin Beri Bayangan Kepulangan Cable, Tandatangani Kontrak Baharu untuk 4 Filem MCU!

Berikutan penggabungan Disney dan Fox, francais Deadpool kini berada di bawah kawalan Marvel Studios.

Josh Brolin yang pernah beraksi sebagai Cable dalam Deadpool 2, turut terkenal menerusi Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Thanos. Marvel Studios kini sedang sibuk merancang untuk memperkenalkan mutan ke dalam MCU dan Cable berkemungkina besar ada dalam perancangan tersebut.

Menurut Josh Brolin dalam satu kenyataan kepada pihak media hari ini:

“Deadpool worked out very much in my favour. That film was supposed to be four movies. Maybe there’ll be more. I don’t know what Marvel has in store but it turned out to be one really fun movie for me.”

Beliau mendapat pujian oleh pihak Marvel Studios kerana aksinya sebagai Thanos sebelum ini dan mahukan pelakon tersebut kembali semula walaupun sebagai watak lain,

Turut dilaporkan yang beliau telah menandatangani perjanjian baharu untuk empat lagi filem sebagai Cable. Kemungkinan besar ia turut merangkumi Deadpool 3, X-Force dan juga filem solo Cable.

Akan tetapi kontraknya mungkin harus dirunding semula sekali lagi kerana Disney kini telah memiliki kontrak tersebut daripada Fox secara rasmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.