Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 22 OGOS 2021 |

📌 MISSION: IMPOSSIBLE 7 Bakal Saksikan Satu Lagi Babak Aksi Ngeri Paling Gila Babi!

Ketika penggambaran masih lagi berterusan untuk filem Mission: Impossible 7 (dan 8?), satu foto dan video yang tertiris secara onlinr yang memperlihatkan  pengarah Christopher McQuarrie dan Tom Cruise serta pasukan produksi sebuah babak kemalangan kereta api di Derbyshire, United Kingdom.

Walaupun kita harus menunggu untuk mengetahui apakah konteks foto dan video tersebut, Tom Cruise dipercayai telah menjalani penggambaran di atas kereta api pada awal minggu. Seorang saksi yang berada di lokasi menyatakan bahawa aksi itu mungkin tidak berjalan seperti yang dirancang malah Tom Cruise dan krew produksi juga dilihat agak kecewa.

Setakat yang diketahui, hanya Tom Cruise dan pelakon baharu Hayley Atwell sahaja yang berada di lokasi penggambaran untuk adegan kereta api tadi,

Masih belum jelas apakah penggambaran untuk filem Mission: Impossible 8 akan dimulakan sebaik sahaja Mission: Impossible 7 selesai. Atau mungkin juga mereka akan berehat seketika untuk membolehkan Tom Cruise melancarkan siri jelajah promosi untuk filemnya, Top Gun: Maverick yang kini dijadualkan untuk tayangan pada bulan November nanti.

Selain Tom Cruise sebagai teraju utama, ia akan menyaksikan kembalinya Ving Rhames sebagai Luther Stickell, Simon Pegg sebagai Benji Dunn, Rebecca Ferguson sebagai Ilsa Faust, Vanessa Kirby sebagai White Widow dan Henry Czerny sebagai Eugene Kittridge.

Mission: Impossible 7 bakal ditayangkan pada 27 Mei, 2022 dan disusuli oleh Mission: Impossible 8 pada tanggal 7 Julai, 2023.

 


📌 Marvel Studios Dedahkan Proses Pemilihan Pelakon untuk filem baharu FANTASTIC FOUR!

Fantastic Four masih tidak mempunyai sebarang tarikh tayangan rasmi tetapi kami menjangkakan ia akan menjadi finale kepada Fasat 4 MCU kelak.

Pengarah Jon Watts kini bersedia untuk mengarahkan filem tersebut manakala John Krasinski dan Emily Blunt tetap menjadi pilihan peminat untuk memainkan watak Dr. Reed Richards/Mr. Fantastic dan Sue Storm/Invisible Woman.

Kami turut menjangkakan bahawa tidak akan ada apa-apa pengumuman selagi filem Spider-Man berikutnya tidak selesai slot tayangannya tetapi Presiden Marvel, Kevin Feige telah berkongsi sesuatu hari ini, semasa wawancara dengan pihak media.

Dengan teliti memilih kata-kata dan kenyataan, beliau mendedahkan:

“I think the MCU is a beautiful combination of both [established actors and new faces. I think you look no further than Simu Liu in Shang-Chi, like Chris Hemsworth, like Tom Hiddleston, like Tom Holland, an actor that hadn’t been seen by a tremendous amount of people before.. or you have a Benedict stepping into Doctor Strange or Christian Bale stepping into Gorr in our latest Thor film.”

Beliau menambah lagi:

“It is always a beautiful combination of both and it really is about the search for the best actor for the job whether that actor is known to the world yet or not.“

Kombinasi ini tampak dapat berfungsi dengan sangat baik untuk Fantastic Four. Tetapi siapa yang bakal dilihat filem ini nanti bergantung kepada sama ada kita mahukan satu pasukan remaja atau sekumpulan superhero yang lebih matang dan berpengalaman.

 


📌 AKHIRNYA..

Treler Rasmi SPIDER-MAN: NO WAY HOME Akan Disiarkan secara rasmi ESOK?

Sebelum ini, Marvel Studios terus membuatkan kita ternanti-nanti dan menunggu lama untuk treler rasmi Avengers: Endgame.

Dan strategi itu sebenarnya hanya meningkatkan lagi semangat untuk semua peminat. Nampaknya kali ini, Kevin Feige dan Sony Pictures telah mengambil pendekatan yang serupa dengan Spider-Man: No Way Home dan ia sudah mencapai satu tahap di mana sudah peminat mula hilang akal!

Dengan begitu banyak khabar angin di luar sana dan pandangan pertama yang datang dari set penggambaran, sudah sampai masanya kita ketahui sama ada filem ini benar-benar satu jalan cerita dan pengembaraan Multiverse seperti yang kita harapkan selepas pendedahan besar menerusi siri Loki.

Mulai esok, Sony akan memulakan acara CinemaCon dengan slot dua jam yang akan mendedahkan barisan filem mereka yang akan datang. Kita juga pernah mendengar laporan bahawa treler rasmi Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan dalam acara sama dan kemudiannya untuk tonton ramai di antara pukul 6 petang ke 9 malam waktu tempatan.

Sama ada ia tepat atau sebaliknya, pastikan anda sebarkan khabar ini yang kali pertama anda dengar di sini menerusi portal KEDAIKOMIKONLINE.COM!

Leave a Reply

Your email address will not be published.