Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 24 JULAI 2021

📌 Josh Duhamel Dedah Kenapa JUPITER’S LEGACY Dibatalkan dan Bakal Bintangi SUPER CROOKS?

Walaupun dianggap berjaya buat sejumlah penonton, Netflix telah memutuskan untuk membatalkan siri Jupiter’s Legacy dengan hanya satu musim.

Peminat siri ini jelas tidak gembira terutama sekali setelah ia berakhir dengan satu cliffhanger mengejutkan termasuk di kalangan pelakon. Dalam perkembangan lain, ada laporan terbaharu mengatakan bahawa watak-watak daripada siri itu akan kembali menerusi siri adaptasi komik Super Crooks dalam semesta sama..

Dalam satu wawancara baharu semasa mempromosi siri Batman: The Long Halloween, Josh Duhamel ditanya apakah dia berharap dapat mengulangi peranannya The Utopian dalam Super Crooks atau pun projek lain:

“I don’t know. I don’t know what their plan is over there. It was a bit of a surprise. We performed really well and the show was #1 for three weeks around the world. I don’t know what else we could have done performance-wise but I also understand that whenever someone new comes to a network and takes the helm, they want to make their own stamp.

“It was an expensive show and we had problems, you know. It was really expensive. I thought it was a really good show. I was proud of it and I think the fans really loved it.”

Beliau ditanya lagi sama ada berminat untuk kembali dan ini jawapannya:

“I don’t know, hopefully in some capacity, I get to put on that suit again whether it be a feature film or maybe in one of these new versions of Millarworld. I had a great time and loved working with everybody and the way the show turned out. It was definitely a really difficult job, but a really, really rewarding one.”.

Kami akan mengemaskini laporan untuk dikongsi dalam masa yang terdekat sekiranya ada perkembangan terkini.

 


📌 Michael B. Jordan Bangunkan dan Bakal Bintangi Siri SUPERMAN untuk HBO MAX!

Michael B. Jordan dilaporkan sedang menghasilkan projek Superman untuk HBO Max melalui syarikat penerbitannya Outlier Society. Di samping itu penulis komik Black Panther, Ta-Nehisi Coates serta pengarah dan penerbit J.J. Abrams dijangka menampilkan watak utama Val-Zod dengan cerita adiwira DC Comics utama berkulit hitam.

Michael B. Jordan sendiri akan tampil sebagai watak Val-Zod tersebut dengan kenyataan:

“I’m flattered that people have me in that conversation. It’s definitely a compliment but I’m just watching on this one. I do not want to engage in conversations about racebending Kal-El for the same reasons many of the fans are pushing back on the current Warner Bros. re-imagined version of Clark Kent. But I am much interested in engaging on a Black Superman project centering on the Val-Zod storyline.”

Untuk peminat komik, cerita Val-Zod adalah berbeza tetapi mirip dengan Clark Kent. Kedatangannya ke bumi telah dijumpai oleh seorang lelaki bernama Terry Sloan yang menawarkannya suaka dalam usaha untuk “melindunginya” dari dunia luar. Akhirnya, dia akan telah menguasai kuasanya dan menjadi Superman untuk Earth-2.

 


📌 Siri HAWKEYE Bakal Saksikan Vincent D’Onofrio kembali sebagai Wilson Fisk/Kingpin!

Sejak lebih setahun lalu, kita sering dilaporkan dengan berita bintang siri Daredevil, Charlie Cox akan mengulangi peranannya sebagai Matt Murdock dalam Spider-Man: No Way Home.

Dari situ juga, hadir desas-desus yang mengatakan dia turut akan muncul dalam siri She-Hulk.

Namun begitu terdapat sumber berita terbaru yang mengesahkan melalui satu sumber yang sah dan boleh dipercayai bahawa Wilson Fisk atau Kingpin lakonan Vincent D’Onofrio akan kembali dalam siri Hawkeye menerusi siaran Disney+. Hawkeye dilaporkan akan terikat dengan jalan cerita Spider-Man: No Way Home dengan plot lebih besar daripada yang dijangkakan.

Kingpin dijangka muncul dalam episod kelima atau keenam Hawkeye dan kami amat tertarik untuk melihat bagaimana itu semua berjalan dan berlaku. Harus diingat bahawa ketika Multiverse mula terbentuk menerusi siri Loki, kita sebenarnya dapat melihat susur dan garis masa yang sudah mula bersambung.

Apakah itu kemungkinan dan pemangkin watak-watak dari Netflix menemui laluannya ke dalam MCU?

Leave a Reply

Your email address will not be published.