LAPORAN BERITA HARI INI | 23 JULAI 2021

Uncategorized

📌 Penulis Skrip MAN OF STEEL Ramal Kepulangan Henry Cavill!

Dalam satu wawacancara dengan penulis Man of Steel iaitu David S. Goyer, pihak media telah meminta pandangannya mengenai masa depan Henry Cavill sebagai Superman.

Walaupun dia tidak terlibat lagi dengan DC Extended Universe (DCEU), dia percaya ada kemungkinan pelakon tersebut dapat melanjutkan peranannya:

“I think so. I’m not involved in it right now. I’ve heard the same rumors you’ve heard, but I’m not plugged into it. I’ve stepped away almost entirely from comic book-related projects other than Sandman, which I don’t really categorize as part of the normal DC universe. And I’m doing a Batman podcast. I’ve actually done so many adaptations of comics that I needed a break.”

Penulis Ta-Nehisi Coates pula kini sibuk menyiapkan skrip filem solo Superman lain dengan pelakon utama baharu berkulit hita,

Dalam wawancara sama, David Goyer mendedahkan Warner Bros. pernah merancang untuk meletakkan Man of Steel dalam semesta yang sama dengan trilogi The Dark Knight Christopher Nolan:

“Chris always wanted to keep the Dark Knight films as a separate entity and [the studio] kept wanting, understandably, to pull him into a whole DC expanded universe. Chris obviously was a producer on Man of Steel, and it’s tempting to think they were linked, but they really weren’t. I mean, I’m sure one could retroactively do it.”

Ada juga pernah cerita satu ketika dulu Christian Bale dipelawa untuk muncul dalam Batman v Superman: Dawn of Justice tetapi ia tidak dapat direalisasikan kerana pelakon tersebut hanya mahu bekerjasama dengan Christopher Nolan.

 


📌 Pawagam Guna Poster Buatan Sendiri untuk Promosi Filem SPIDER-MAN: NO WAY HOME!

Spider-Man: No Way Home diatur untuk ditayangkan pada bulan Disember nanti tetapi selain dari beberapa foto set tidak rasmi dan beberapa ilustrasi konsep, kita masih belum dapat melihat sebarang poster promosi rasmi untuk trilogi yang sangat dinanti-nantikan itu.

Sony Pictures dan Marvel Studios akan mula mempromosikan filem itu tetapi nampaknya para peminat bukan satu-satunya yang sudah mula hilang sabar serta diuji kala ini.

Seperti yang sedang tular sejak semalam dan hari ini, beberapa pawagam telah mula menggunakan poster buatan sendiri untuk mempromosikan filem Spider-Man: No Way Home. Rangkaian pawagam yang lebih besar dan terkenal jelas akan patuh dan berada di bawah arahan ketat untuk menggunakan hanya bahan berlesen rasmi tetapi nampaknya beberapa pawagam yang lebih kecil seperti sudah bosan menunggu dan tidak sanggup menunggu lagi.

Sekurang-kurangnya, mereka menyedari dan mengaku bahawa paparan promosi yang tertular itu adalah poster palsu!

Walaupun perincian plot tertentu masih belum didedahkan, Spider-Man: No Way Home akan menampilkan Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange, pelakon Spider-Man 2 Alfred Molina sebagai Doctor Octopus dan Jamie Foxx dari The Amazing Spider-Man 2 sebagai Electro bersama dengan Zendaya, Jacob Batalon, Tony Revolori dan Marisa Tomei.

Tobey Maguire dan Andrew Garfield dijangka kembali sebagai watak Spider-Man versi masing-masing tetapi itu juga masih belum dibuat rasmi.

Masih belum ada berita mengenai treler rasmi tetapi ia dijangka akan didedahkan tidak lama lagi.

 


📌 Kate Beckinsale Masih Mengharap Crossover UNDERWORLD dan BLADE!

Francais Underworld kelihatan seperti sudah berakhir dan sampai ke penghujung jalan tanpa ada sebarang perkembangan terkini sejak beberapa tahun lalu. Dengan Marvel Studios kini mengusahakan reboot Blade, pelakon Kate Beckinsale masih lagi berharap kita dapat melihat crossover di antara kedua-dua filem tersebut suatu hari nanti.

Dalam satu wawancara karpet merah untuk mempromosikan filem aksi terbaharunya Jolt, bintang tersebut meluahkan bahawa dia benar-benar berminat untuk berperanan kembali sebagai Selene sebelum menyebut tentang potensi untuk crossover Underworld dan Blade:

“I really wanted them to do an ‘Underworld/Blade’ mashup. What a duo that would be. I would definitely do that but I think they just wanted to reboot ‘Blade’ as ‘Blade’ so they didn’t go for it.”

Ini bukan pertama kali kita mendengar tentang idea crossover tersebut kerana Kate Beckinsale sebelum ini menyatakan bahawa gagasan itu pernah dibangkitkan pada tahun 2016 semasa sesi soal bawab bersama peminat di New York Comic-Con. Akhirnya Marvel Studios telah ada rancangan sendiri untuk sebuah reboot Blade oleh pengarah Bassam Tariq dengan Mahershala Ali sebagai teraju utama.

Sudah tentunya jika Marvel terpengaruh dengan idea tersebut, ada masalah hakcipta dan pelesenan. Namun begitu, Sony Pictures dan Marvel Studios sebelum ini pernah membuat persetujuan untuk berkongsi Spider-Man, maka sebarang kebarangkalian boleh berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *