Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 25 JULAI 2021

๐Ÿ“Œ SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSE Bakal Saksikan Semula Peter B. Parker!

Pelakon suara Jake Johnson telah mencuri perhatian sebagai Peter B. Parker menerusi filem Spider-Man: Into the Spider-Verse.

Dia juga pernah menyatakan minat untuk muncul dan mengulangi peranannya dalam sekuel yang sedang dibangunkan oleh Sony satu ketika dulu. Terkini semasa wawancara semalam dengan satu sumber media, ia telah disahkan secara rasmi oleh pelakon itu sendiri dengan nada yakin.

Menurut Jake Johnson:

“Iโ€™ve been working on a contract. I believe Peter B. Parker is making a return and I havenโ€™t seen the script! All I know is that I heard nothing for the longest time and I was very sad. I really loved playing Peter B. Parker. I would like to know what happens with Peter B. Parker.”

Tambah pelakon itu lagi:

I think the way his journey ended in the first movie was very open-ended. So, when I got word that they were working on a deal or figuring it all out, I thought I truly canโ€™t wait to see what the writers came up with.”

Selain itu, pelakon Oscar Isaac yang terkenal sebagai Poe Dameron dalam Star Wars dan Apocalypse dalam X-Men, akan muncul sebagai Spider-Man 2099 dalam sekuel ini.

Jika semuaya berjalan lancar, filem ini akan berada di pawagam pada 7 Oktober 2022.

 


๐Ÿ“Œ Bintang THE WALKING DEAD Teringin Beraksi sebagai Ghost Rider dalam MCU!

The Walking Dead sudah hampir sampai ke penghujungnya. Dan sementara sebahagian besar pelakon utama telah meninggalkan siri tersebut, terdapat banyak khabar angin dan laporan tentang nasib mereka semua selepas ia berakhir.

Antaranya ialah Norman Reedus sebagai antara bintang terbesar yang masih beraksi dalam siri AMC itu dan menjadi pilihan ramai peminat untuk tampil sebagai watak Johnny Blaze atau Ghost Rider di dalam Marvel Cinematic Universe. Ada berita baru-baru ini yang mengatakan bahawa Marvel Studios memang mempunyai rancangan untuk kemunculan Ghost Rider tetapi belum pasti bila dan siapa.

Bercakap dengan satu sumber, Norman Reedus mengatakan ia merupakan pengalaman amat menyeronokkan sekiranya ia direalisasi. Menurut beliau:

“The Ghost Rider conversation has been coming up for years, and yeah.. tell them to put me in it. I want to play Ghost Rider.

Ditanya lagi tentang kebarangkalian untuk bertemu semula dengan gandingannya dalam The Walking Dead iaitu Jon Bernthal yang beraksi sebagai Frank Castle atau The Punisher, dia menambah:

“That would be great. So, I don’t know, call somebody, make that happen. I want to do it. I want a fire skull. I want my face to turn into a fire skull and whip a chain around. That would be great. I got 12 motorcycles. I’d just pick one. I’ll do it, yeah.”

Norman Reedus telah menghabiskan banyak babak lebih sedekad yang lalu menunggang motosikal dalam The Walking Dead dan Ghost Rider mungkin watak yang amat sempurna buatnya.

 


๐Ÿ“Œ Bintang MOON KNIGHT, Oscar Isaac Janjikan Sesuatu yang Lain dari yang Lain!

Oscar Isaac tidak menyembunyikan fakta baru-baru ini bahawa dia begitu kecewa dengan pembawakan Poe Dameron dalam sekuel Star Wars.

Tetapi selepas itu banyak projek menyusul termasuk beraksi dalam filem Metal Gear Solid termasuk penampilan sulungnya di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Moon Knight .

Terkini semasa sedang menjalani penggambaran di Budapest, dia sempat menghadiri sesi online panel [email protected] serta menggoda peminat dengan apa yang boleh kita saksikan kelak.

Menurut pelakon itu ketika diwawancara:

“I’m here on the set of Marvel’s Moon Knight. We’re deep into it over here, it’s been going great. It’s gonna be a wild, wild show and I’m excited to talk about it in the future!”

Jelas, tidak banyak yang ingin didedahkan setakat ini mengenai peranannya sebagai Moon Knight tetapi penggambaran dijangka akan selesai dalam tempoh beberapa bulan lagi

Ini juga tidak bermakna kita akan dapat menonton sebarang imej pandang pertama atau treler rasmi dalam masa terdekat ini kerana Marvel Studios telah melakukan tugas mantap untuk melindungi segala plot dan aset siri yang bakal disiarkan menerusi Disney+ itu tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.