Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 25 OGOS 2021

Judul Filem THE MATRIX 4 Diumumkan Semasa CinemaCon sebagai THE MATRIX: RESURRECTIONS!

Walaupun khabar angin telah mula bertiup kencang, Warner Bros akhirnya mengesahkan bahawa filem keempat dalam francais The Matrix akan diberi judul The Matrix: Resurrections.

Dalam masa yang sama, pihak studio turut melancarkan treler rasmi sulung filem itu namun masih belum ada sebarang laporan bila ia akan dilancarkan secara umum. Akan tetapi memandangkan jangkaan filem itu akan dilancarkan serentak di pawagam dan di HBO Max pada 22 Disember ini, ada besar kemungkinan ia bakal dilepaskan pada bulan Oktober menjelang tayangan filem Dune.

Bintang ternama Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss akan menjadi teraju utama sekuel tersebut dengan masing-masing mengetengahkan peranan ikonik mereka sebagai Neo dan Trinity bersama pelakon lain seperti Yahya Abdul-Mateen II, Priyanka Chopra Jonas, Neil Patrick Harris, Christina Ricci dan Jada Pinkett Smith.

Pengarah Lana Wachowski akan mengarahkan sekuel ini yang dijangka akan menemui kita pada 22 Disember, 2021.

 


Michael Keaton Bocorkan Rahsia Ezra Miller bakal beraksi sebagai dua versi Barry Allen Berbeza dalam THE FLASH!

Ramai yang bertanya: Adakah Ezra Miller akan memainkan peranan sebagai dua versi berasingan sebagai Barry Allen dalam filem The Flash?

Hari ini, Michael Keaton seolah-olah telah mengesahkannya semasa satu sesi wawancara bersama pihak media.

Semasa bercakap dalam satu sidang akhbar untuk mempromosi filem terbaharunya The Protege, pelakon Batman itu telah ditanya mengenai filem komedi lakonannya, Multiplicity pada tahun 1996 dulu. Dalam filem tersebut, beliau memainkan watak sebagai beberapa klon berbeza dengan perwatakan yang sama. Beliau turut menyatakan bahawa banyak pengalaman diraih sepanjang kariernya, sebelum mendedahkan yang Ezra Miller juga akan “beraksi denganĀ  dirinya sendiri” dalam filem The Flash!

Ada di antara kita mungkin ingat satu foto set penggambaran yang memperlihatkan Ezra Miller sebagai Barry Allen dengan seorang pelakon lain yang berpakaian serupa. Ia sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa filem itu akan menampilkan versi alternatif Barry Allen dan The Flash.

Adakah ini bermaksud kita akan melihat versi jahat The Flash sebagai salah satu watak antagonis atau mungkin juga jelmaan Reverse-Flash atau Zoom?

Perincian plot filem ini masih belum diketahui tetapi kita percaya bahawa jalan ceritanya kelak dijangka sedikit sebanyak dipengaruhi oleh komik Flashpoint.

The Flash dijangka akan berada di pawagam pada 4 November, 2022.

 


BLACK PANTHER 2: WAKANDA FOREVER Saksikan Pandang Pertama Dominique Thorne sebagai Riri Williams/Ironheart!

Baru-baru ini telah disahkan bahawa Black Panther 2: Wakanda Forever akan memperkenalkan watak Riri Williams menjelang penampilan sulungnya sebagai Ironheart menerusi siri Disney+.

Khabarnya watak itu akan memainkan peranan penting dalam filem ini dan hari ini pandangan pertama pelakon Dominique Thorne sebagai Riri Williams telah terlihat di set penggambaran yang berlokasi di MIT Cambridge, Massachusetts.

Beliau kelihatan memakai pakaian biasa malah sebenarnya tidak banyak menjelaskan teori-teori peminat sedia ada.

Bagi yang tidak kenal dengan watak ini, Riri Williams atau Ironhear pertama kali muncul menerusi komik Iron Man #7 (2016).

Selepas kematian Tony Stark selepas Civil War II pada tahun yang sama, Riri Williams telah berjaya mencipta semula perisai besi milik Iron Man untuk mengambil tempatnya. Ketika Iron Man kembali, beliau menjadi Ironheart sebagai gantinya.

Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett dan Tenoch Huerta akan tampil dalam Black Panther 2: Wakanda Forever yang dijangka akan berada di pawagam pada 6 Mei 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published.