LAPORAN BERITA HARI INI | 26 JULAI 2021

Uncategorized

📌 Tarikh Tayangan Rasmi Siri HBO Max PEACEMAKER dengan Tiga Episod Awal Disiarkan pada hari yang sama!

The Suicide Squad akan mula ditayangkan di pawagam terpilih pada minggu ini termasuk HBO Max seminggu kemudian. Tidak dinafikan lagi pengarah James Gunn, dan Warner Bros. berkeputusan untuk mengembangkan lagi francais tersebut menerusi siri spin-off, Peacemaker, sebagai bukti betapa yakinnya mereka untuk filem ini.

Telah disahkan bahawa ia akan disiarkan menerusi HBO Max tahun hadapan atau lebih tepatnya pada tanggal 16 Januari 2022. Anehnya, tarikh ini jatuh pada hari Ahad walaupun lazimnya hari-hari tayangan strim adalah pada hari minggu seperti yang dilakukan Disney+ kala ini. Walau bagaimanapun, tiga episod akan ditawarkan serentak pada hari yang sama dengan lima episod berikutnya setiap hujung minggu.

Judul-judul tiga episod Peacemaker tersebut adalah:

  1. A Whole New Whirled
  2. Best Friends Never
  3. Better Goff Dead

Walaupun plot dan jalan cerita Peacemaker masih lagi dirahsiakan, siri ini dikatakan bakal meneroka asal-usul watak komik lakonan John Cena dalam filem The Suicide Squad: Seorang superhero yang berpegang teguh pada prinsip kedamaian, tidak kira berapa ramai orang yang harus dibunuh demi mempertahankannya.

James Gunn akan mengarahkan episod pertama siri HBO Max Peacemaker.

 


📌 Pengarah ANT-MAN AND THE WASP: QUANTUMANIA Sahkan Penggambaran Sudah Bermula!

Walaupun penggambaran filem Ant-Man dan The Wasp: Quantumania telah pun berjalan selama beberapa bulan, ia sebenarnya dilangsungkan tanpa kehadiran seorang pun pelakon utama.

Namun pada hari ini, pengarah Peyton Reed telah mengesahkan bahawa penggambaran prinsipal bersama semua bintang utama telah bermula.

Atas sebab-sebab tertentu, sutradara filem itu dengan pantas telah memadamkan entri Tweetnya sejurus berkongsi tetapi peminat lebih pantas mengambil tangkapan skrin atau screenshot dan kami dapat melihat ada clue besars yang hadir dalam filem ini nanti.

Seperti yang terturus, patung arnab milik Cassie Lang dari filem Ant-Man pertama pada tahun 2015 telah kembali dalam apa yang kelihatan seperti persekitaran dalam makmal. Nampaknya seperti tidak ada spoiler untuk plot Ant-Man dan The Wasp: Quantumania di sini tetapi pastinya menarik untuk peminat komik kerana gambar ini seolah-oleh mahu memaparkan kemunculan Cassie Lang yang sudah dewasa sebagai Stature, Stinger, Ant-Girl atau Giant-Girl.

Jonathan Majors akan tampil semula kali ini sebagai Kang the Conqueror iaitu salah satu variannya!

 


📌 Foto Set Penggambaran THE FLASH Dedahkan Pandang Pertama Ben Affleck sebagai Batman!

Beberapa lagi gambar dari set penggambaran The Flash telah tertiris.

Dan kali ini kita akhirnya seperti mendapat gambaran sulung atau pandang pertama jelmaan Batman Ben Affleck sebagai Batman… atau sekurang-kurangnya stuntman dalam kostum Batman lakonan Ben Affleck!

Walaupun ada kemungkinan kecil ia adalah Ben Affleck sendiri, pelakon Justice League tersebut baru-baru ini sebenarnya telah dilihat bercuti di Itali bersama kekasihnya, Jennifer Lopez. Selain itu, ia adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku untuk bintang berprofil tinggi melakukan aksi motosikal sendiri selain Tom Cruise atau Keanu Reeves.

Imej tersebut jelas merupakan versi Dark Knight baharu yang lebih segar beraksi di atas Batcycle dan bukan versi Michael Keaton yang tampil memakai kostum Batman ’89 klasiknya. Foto-foto set sebelum ini memaparkan kelibat Supergirl lakonan Sasha Calle dan dua versi Ezra Miller sebagai Barry Allen.

Perincian plot masih belum didedahkan, tetapi ceritanya dijangka sedikit sebanyak dipengaruhi oleh komik Flashpoint.

The Flash kini sedang menjalani penggambaran di United Kingdom dan dijadualkan berada di pawagam pada 4 November 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *