Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 26 OGOS 2021

DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS Bakal Saksikan Scarlet Witch Bergasak dengan Watak Marvel Milik Studio Fox!

Filem di atas berjanji untuk membawa kita menelusuri perjalanan luar biasa merentasi Multiverse serta peluang mengembalikan beberapa nama-nama besar dari filem-filem terdahulu untuk menghadirkan skop lebih besar kepada Semesta Marvel

Sudah ada laporan dan lebih banyak teori serta khabar angin bahawa nama-nama seperti Tobey Maguire dan Hugh Jackman akan muncul.

Dalam satu ciapan Twitter yang memuji pertempuran di antara Doctor Strange dan Thanos dalam Avengers: Infinity War, satu sumber dalaman yang enggan namanya didedahkan menjawab:

“In Doctor Strange’s sequel… Wanda will fight someone from the Fox-Verse. I am not allowed to reveal who it is but could top this fight.”

Segala kemungkinan nampak seperti hampir tiada kesudahan. Tetapi Doctor Strange dan Scarlet Witch yang akan tampil bertarung dengan satu watak yang pernah muncul sebelum ini boleh mewujudkan momen yang sangat epik!

 


Hadiah Krew Produksi SHE-HULK Dedahkan Peranan Baharu Bruce Banner!

Penggambaran She-Hulk baru-baru ini telah pun selesai.

Sekarang kami sedang menunggu butiran rasmi yang akan didedahkan oleh Marvel Studios kerana kemunculan sulung Jennifer Walters telah menimbulkan rasa teruja di kalangan peminat terutamanya kerana jelmaan She-Hulk untuk memeriahkan lagi Marvel Cinematic Universe.

Daredevil turut dikhabarkan akan muncul dalam siri ini termasuk Abomination lakonan Tim Roth dan sudah tentu Bruce Banner atau Hulk lakonan Mark Ruffalo.

Hari ini semasa sesi penghargaan produksi, hadiah yang diberikan kepada krew porduksi telah mendedahkan satu imej t-shirt di mana Hulk menyajikan melayan sepupunya She-Hulk minum di sebuah restoran bernama “Bruce’s Bar.”

Lokasi itu tidak ada dalam buku komik dan kami menjangkakan Hulk akan menikmati persaraannya dengan membuka perniagaan minuman sendiri dan ini boleh menjadi tempat istirehat untuk adiwira-adiwira Marvel di MCU.

 


Treler Rasmi Sulung SPIDER-MAN: NO WAY HOME Pecahkan Rekod AVENGERS: ENDGAME!

Setelah berbulan-bulan menunggu, treler pertama untuk Spider-Man: No Way Home akhirnya dilancarkan kelmarin setelah memulakan debutnya di CinemaCon.

Peminat selama ini cemas menanti dan terus menanti dan akhirnya semua penantian itu tampak berbaloi.

Menurut sumber terkini, treler tersebut memecahkan rekod siaran global 24 jam secara global dengan 355.5 juta tontonan, sekaligus melenyapkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Avengers: Endgame yang memegang rekod 289 juta tontonan.

Ini juga menggandakan jumlah tontonan treler filem kedua iaitu Spider-Man: Far From Home yang berjaya mendapat tontonan seramai 135 juta orang.

Sekiranya tahap kegembiraan ini berterusan, Sony Pictures dan Marvel Studios akan terus mendapat publisiti meluas sehingga filem ini ditayangkan kelak pada bulan Disember nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.