LAPORAN BERITA HARI INI | 27 JULAI 2021

Uncategorized

Lucasfilm lantik YouTuber Deepfake untuk Tambah Baik Kualiti Star Wars

Walaupun ILM dan Lucasfilm sekarang mungkin memiliki kemampuan untuk menjadikan filem-filem lebih canggih, mereka hari ini tetap membuatkan keputusan untuk mengambil YouTuber yang pakar dalam mitos Star Wars untuk filem-filem bajet besar lainnya dalam usaha memantapkan lagi CGI mereka.

YouTube bernama Shamook merupakan individu yang “membetulkan” cameo Luke Skywalker dalam The Mandalorian sehingga meraih jumlah tontonan 1.9 juta termasuk membetuklan imej wajah Grand Mof Tarkin yang sangat luar biasa!

Ramai yang meramalkan mereka akan bertindak menerusi undang-undang YouTube untuk mengekang kandungan atau menghantar arahan ceased and deceased, namun sumber berita melaporkan Lucasfilm memutuskan untuk mengupah Shamook sebagai tindakan wajar untuk melakukan apa yang nampaknya lebih produktif.

Menurut jurucakap Lucasfilm:

“[Industrial Light and Magic is] always on the lookout for talented artists and have in fact hired the artist that goes by the online persona ‘Shamook. Over the past several years ILM has been investing in both machine learning and A.I. as a means to produce compelling visual effects work and it’s been terrific to see momentum building in this space as the technology advances.”

Dalam satu video YouTube baru-baru ini, Shamook mendedahkan jawatan yang baru ditawarkan olehnya adalah “Senior Facial Capture Artist.”

James Gunn kongsi tarikh mua penggambaran GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 dan hubungkait lebih luas MCU!

James Gunn kini sedang sibuk mempromosikan filem The Suicide Squad, tetapi peminat Marvel Cinematic Universe tidak sabar lagi untuk melihat sutrafara filem itu kembali mengusahahakan Guardians of the Galaxy Vol. 3.

Semasa wawancara baru-baru ini, James Gunn memberitahu bahawa penggambaran akan bermula di Georgia pada November ini dan mengesahkan Guardians of the Galaxy Vol. 3 memang tajuk rasmi filem tersebut.

Ditanya mengenai skrip dan jalan cerita, dia menjawab:

“It’s basically been finished for years. I’m in the middle of doing another draft now but it’s really small stuff in comparison to what it has been.”

Seaindainya James Gunn tidak berpisah dengan Disney dan Marvel Studios sebelum ini, trilogi GOTG sepatutnya dilancarkan tahun ini.

“The only time they ever [asked me to include something for future MCU movies] was on the first movie with Thanos, putting Thanos in there. Which they wanted me to do. But besides that they’ve never done that. I have to pay attention to things that happen, which they did talk to me about the stuff with Gamora and things like that.”

“I know that the characters have been through certain things, so I have to deal with that stuff. But for the most part, they never once asked me to put anything in the script for Volume 3 to set up anything in the future. Nor would I do it, frankly, it’s not really my thing.”

GOTG Vol. 3 akan dilancarkan pada 23 Mei 2023.

Sony Pictures Bakal Siarkan Treler Baharu GHOSTBUSTERS: AFTERLIFE Esok!

“Ghostbusters: Day” bulan lalu ternyata sedikit mengecewakan tanpa ada sebarang pendedahan baharu untuk filem Ghostbusters: Afterlife yang akan datang mahupun apa-apa komen daripada pengarah atau pelakon filem klasik sukaramai itu.

Walau bagaimanapun, Sony Pictures telah mengumumkan bahawa treler baru untuk Ghostbusters: Afterlife akan rasmi dikeluarkan di atas talian esok.

Dari pengarah Jason Reitman dan penerbit Ivan Reitman, ini merupakan sekuel seterusnya selepas Ghostbusters asal tahun 1989.

Ghostbusters: Afterlige mengisahkan tentang seorang ibu tunggal dan dua anaknya yang tinggal di sebuah pekan kecil dan mula mengetahui hubungan mereka dengan Ghostbusters yang asal dan warisan rahsia yang ditinggalkan oleh datuk mereka.

Barisan bintang asal seperti Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Sigourney Weaver dan Annie Potts semuanya telah disahkan untuk mengulangi peranan mereka dari filem ini. Dan mereka akan disertai oleh Paul Rudd (Ant-Man), Carrie Coon (Fargo), Finn Wolfhard (Stranger Things) dan Mckenna Grace (Kapten Marvel).

Ghostbusters: Afterlife bakal ditayangkan pada tanggal November 11, 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *