Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 27 OGOS 2021

THE MANDALORIAN Musim Ketiga Bakal Menjadi Penamat Siri Popular Disney+!

Musim Kedua The Mandalorian berakhir dengan tumpasnya Moff Gideon, Din Djarin menjadi pemilik mutlak Darksaber dan Luke Skywalker telah mengambil Grogu sebagai anak muridnya.

Walaupun terdapat beberapa plot yang masih tergantung, ramai peminat yang sudah lebih awal meramalkan bahawa siri tersebut sudah hampir sampai ke penghujungnya. Malah disahkan juga The Book of Boba Fett akan ditayangkan pada hujung tahun ini dengan The Mandalorian Musim Ketiga pada tahun hadapan dijangka sebagai kesudahannya.

Pelbagai siri spin-off lain sedang diusahakan oleh Lucasfilm dan Disney+ seperti Ahsoka dan Rangers of the New Republic.

Kami yakin The Mandalorian yang diterajui watak utama Din Dijarin akhirnya akan dapat bertemu kembali dengan Grogu tetapi hanya pengarah bersama Jon Favreau dan Dave Filoni tahu apa yang sedang dirancang untuk kita semua kelak.

 


Prekuel THE LION KING Akan Dedahkan Kisah Asal-Usul Mufasa!

Dilaporkan hari ini bahawa Walt Disney Studios telah menandatangani Kelvin Harrison Jr. dan Aaron Pierre untuk prekuel The Lion King yang dijangka akan menceritakan kisah asal-usul Mufasa.

Aaron Pierre akan melakonkan suara Mufasa lebih muda sementara Kelvin Harrison Jr. akan tampil sebagai Taka, singa yang lebih terkenal dengan gelaran Scar. Belum ada sebarang perkembangan untuk watak-watak lain tetapi ada sumber mendakwa beberapa nama besar sedang dipertimbangkan.

Pemenang Anugerah Oscar, Barry Jenkins akan mengarahkan filem ini dengan lakon layar skrip oleh Jeff Nathanson manakala Hans Zimmer bersedia untuk sebagai komposer.

Seperti filem sebelumnya dan juga The Jungle Book, prekuel yang belum diberi judul ini akan menggunakan teknologi animasi fotorealistik untuk semua watak utama.

Tidak ada tarikh tayangan yang sudah ditetapkan tetapi produksi telah pun dimulakan secara rasmi,

 


Babak Pembukaan dan Treler Rasmi TOP GUN: MAVERICK Kejutkan CinemaCon!

Walaupun penggambaran filem Mission: Impossible 7 masih belum selesai dan direhatkan seketika, Paramount Pictures dan Tom Cruise kini telah mengalihkan tumpuannya untuk Top Gun: Maverick.

Ia dilaporkan telah mengejutkan ramai hadirin semasa berlangsungnya CinemaCon dengan 13 minit pertama filem itu ditayangkan termasuk pendedahan sebuah treler baharu.

Walaupun treler itu akan hanya akan dipersembahkan kepada umum beberapa minggu lagi bagi menyaksikan Maverick kembali sejak 35 tahun muncul menerusi filem pertamanya pada tahun 1986.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, filem ini akan dibuka dengan lagu tema klasik “Danger Zone” oleh Kenny Loggins sebelum memaparkan satu pengkalan tentera udara di Gurun Mojave, di mana Maverick menunggang motosikal Kawasaki dan kemudiannya diberitahu untuk ‘bersara’ kerana program Top Gun akan ditutup!

Selain Tom Cruise dan Val Kilmer yang akan muncul kembali sebagai watak asal masing-masing, pelakon hebat lain seperti Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Ed Harris dan ramai lagi akan muncul dalam filem ini.

Top Gun: Maverick akan berada di pawagam seluruh dunia pada 19 November, 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published.