LAPORAN BERITA HARI INI | 28 JULAI 2021

Filem, Komik, Televisyen, Terkini

📌 Ben Odenkirk Tumbang Di Set Penggambaran Prekuel BREAKING BAD!

Bintang Better Call Saul, Bob Odenkirk dikejarkan ke hospital setelah rebah di set penggambaran awal hari ini.

Menurut sumber, beliau serta para pelakon lain sedang menjalani penggambaran di New Mexico ketika kejadian tersebut berlaku dan krew produksi telah bergegas membantu serta memanggil ambulans. Paramedik tiba pada pukul 11:34 pagi namun tidak jelas apakah Bob Odenkirk sedar atau tidak ketika dia dibawa ke hospital di mana dia masih menjalani rawatan hingga kini.

Punca ia berlaku masih belum lagi didedahkan.

Prekuel siri kegemaran ramai Breaking Bad berjudul Better Call Saul itu akan memberikan perhatian kepada Jimmy McGill lakonan Bob Odenkirk, seorang peguam yang terjebak dalam dunia jenayah di Albuquerque, New Mexico dan kemudiannya bertukar identiti menjadi jahat dengan nama Saul Goodman. Ia turut menampilkan watak-watak Breaking Bad yang lain termasuk Mike Ehrmantraut, Giancarlo Esposito, Raymond Cruz dan Dean Norris.

Penggambaran musim keenam dan terakhirnya akan hadir pada tahun 2022.

Selain Breaking Bad, Bob Odenkirk juga pernah muncul dalam siri Fargo, The Post, The Incredibles 2, Little Women dan yang terkini filem Nobody menerusi Netflix. Beliau berumur 58 tahun.

 


📌 DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS Bakal Tampilkan Watak Penjahat NAMOR THE SUB-MARINER!

Sementara menunggu treler rasmi Spider-Man: No Way Home, filem Doctor Strange in the Multiverse sebenarnya adalah filem yang dengan secara tiba-tiba membuatkan ramai peminat begitu teruja dengan Fasa 4 yang dilihat “lain macam” dari Marvel Studios.

Terkini, beberapa sumber media sosial telah mendapati bahawa sekuel itu telah menambah pelakon bernama Yenifer Molina ke dalam produksi dan mendedahkan bahawa bintang filem Detective Pikachu dan Tom and Jerry itu akan memainkan watak Gargantos.

Ramai yang bertanya siapakah dia Gargantos?

Sebenarnya watak itu hanya muncul dalam dua kali sahaja di dalam komik. Dalam kedua-dua kemunculannya, ia digambarkan sebagai seekor raksasa laut itu digambarkan sebagai makhluk suruhan Naga, musuh abadi untuk watak Namor the Sub-Mariner. Kehadiran Gargantos dalam Multiverse ini semestinya sesuatu yang mengejutkan. Tetapi ini tidak semestinya ia boleh dijadikan petunjuk untuk kita melihat kelibat Namor atau Atlantis dalam masa terdekat ini.

Harus dingat bahawa Shuma Gorath juga pernah dikhabarkan sebagai seteru utama dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

 


📌 Trilogi Sekuel THE EXORCIST Kini Diusahakan oleh Blumhouse, Ellen Burstyn Kembali Sebagai Chris MacNeil!

Dalam perkembangan berita yang pasti akan membuatkan peminat seram teruja, The New York Times telah mengumumkan bahawa trilogi sekuel The Exorcist sedang dalam pembikinan di Universal dan Blumhouse.

Sebelum ini ada laporan mengatakan bahawa pengarah Halloween (2018), David Gordon Green akan menjadi sutradara kepada sekuel yang terus bersambung dari klasik filem klasik tahun 1973 tersebut arahan William Friedkin. Tetapi kini telah didedahkan bahawa tiga filem sebenarnya sedang dibangunkan dan bukan satu sahaja. Ellen Burstyn telah dirisik untuk mengulangi peranan sebagai Chris MacNeil bersama dengan bintang Hamilton, Leslie Odom Jr. sebagai watak seorang ayah yang ingin mendapatkan pertolongan kerana anak perempuannya pula dirasuk roh jahat.

Belum ada laporan sama Linda Blair akan kembali sebagai Regan.

Universal dilaporkan memperoleh hak bernilai lebih dari $400 juta untuk francais tersebut dengan filem pertama dijangka siap pada tahun 2023 tetapi ada kemungkinan sekuelnya nanti akan ditayangkan menerusi saluran srim.

Dianggap sebagai salah satu filem paling menakutkan dan angker pernah dihasilkan, The Exorcist memfokuskan pada kisah seorang gadis bernama Regan yang kerasukan dan bagaimana ibunya berusaha membebaskan jasadnya dari gangguan syaitan dengan bantuan dua paderi lakonan Jason Miller dan Max Von Sydow.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *