Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 28 OGOS 2021

Pengarah Kecewa Gila WONDER WOMAN 1984 Keluar di HBO Max!

Pengarah Wonder Woman 1984, Patty Jenkins semalam telah berkongsi pandangan yang sangat berbeza mengenai tayangan hibrid di pawagam dan saluran strim HBO Max untuk filem tersebut tahun lalu.

Dalam satu kenyataan rasmi dengan nada mengecewakan semasa acara CinemaCon beliau berkata:

“It was the best choice in a bunch of bad choices at the moment. It was a “heartbreaking experience” and “detrimental to the movie.”

Pada bulan November 2020, Warner Bros mengumumkan yang Wonder Woman 1984 akan tiba ditayangkan di pawagam dan juga HBO Max pada Hari Krismas setelah ditangguh akibat wabak COVID-19.

Tambah beliau lagi:

“I never thought I would feel this way about the decision to switch to streaming and theatrical. In this case, your priority as a filmmaker is to make a movie that moves and reaches audiences so they have communion together in a theater. But there’s no way better to do that right now than send people who are suffering and who might be with their family something to watch together.”

Namun perlu dilihat bahawa bintang utama Wonder Woman 1984, Gal Gadot dan Patty Jenkins sendiri kedua-duanya telah dilaporkan telah mendapat ganjaran USD$10 juta untuk pelepasan hibrid ini sebagai ganti rugi pendahuluan.

 


Sinematografer THE FLASH Dedahkan Ia Bukan Sekadar Filem Komik!

Filem The Flash masih lagi dalam sesi penggambaran dan sinematografernya,  Henry Braham menawarkan kemas kini mengenai produksi filem itu semasa wawancara eksklusif dengan pihak media.

Beliau mendedahkan bahawa The Flash bukan sebenarnya sekadar hanya sebuah filem komik tetapi filem epik dan hebat yang kebetulan akan mengangkaui ramalan ramai.

Menurutnya:

“The Flash is going great. I mean, it’s a complex movie, and it’s a fantastic concept of bringing in the generations of these kind of comic books. Again, it’s not really a comic book movie. It’s not based in reality, but it’s a much more kind of technically complex. We need to be making great, great, great films that happen to have superheroes who have truthful characters behind them, with all the character flaws that we find in humanity.”

Beliau yang pernah berkhidmat untuk produksi filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 dan The Suicide Squad dijangka akan kembali untuk Guardians of the Galaxy Vol. 3.

The Flash dijangka akan berada di pawagam pada 4 November, 2022.

 


Cameo Besar Studio Fox untuk DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS Terdedah?

Semalam, kami ada melaporkan bahawa filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness bakal menampilkan cameo misteri dari Studio Fox.

Dan pada hari ini ada satu sumber rahsia seperti mengesahkan identiti watak itu secara rasmi.

Kami hanya boleh mendedahkan namanya tetapi memberi amaran sekiranya ia benar kelak, akan menjadi spoiler utama tahap tertinggi kerana ia bakal mengubah lanskap MCU secara keseluruhan buat selamanya.

Sedia?

Jika ada yang belum bersedia dan anti-spoiler, boleh beredar dulu dari konti berita kami serta kembali lagi pada tahun hadapan.

Baiklah.

Watak tersebut adalah Charles Xavier atau Profesor X lakonan James McAvoy.

Perincian plot untuk sekuel Doctor Strange masih belum terungkap tetapi judulnya jelas menunjukkan bahawa Multiverse yang merangkumi realiti alternatif MCU akan memainkan peranan besar.

Benedict Cumberbatch akan kembali sebagai Doctor Strange dan akan disertai oleh Benedict Wong sebagai Wong, Rachel McAdams sebagai Dr. Christine Palmer serta Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo. Tambahan pelakon baharu pula adalah Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff atau Scarlet Witch dan Xochitl Gomez sebagai America Chavez.

Doctor Strange: In the Multiverse of Madness akan tiba di pawagam pada bulan 25 Mac, 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published.