LAPORAN BERITA HARI INI | 29 JULAI 2021

Uncategorized

📌 Lebih 9 Projek Tanpa Tajuk Marvel Studios Masih Belum Diumumkan oleh Disney+!

Dengan kehadiran WandaVision, The Falcon dan The Winter Soldier, dan Loki, Marvel Studios telah memberikan impak yang besar kepada Disney+ tahun ini. Itu jelas tidak dapat dinafikan lagi malah kita juga tahu bahawa semuanya akan terus tampak positif dengan tayangan siri What If..?, Armor Wars, Secret Invasion, Moon Knight, She-Hulk dan banyak lagi di masa akan datang.

Sebelum ini, pernah dilaporkan ada sejumlah projek Marvel Studios yang tidak kita ketahui tetapi beberapa sumber mendakwa bahawa terdapat sembilan siri yang masih tidak diumumkan secara rasmi kini dalam perancangan serta pra-produksi.

Antaranya adalah Ghost Rider, Secret Warriors dan Nova.

Dalam perkembangan berkaitan, memang rasmi ada beberapa projek tadi sudah mulai dibangunkan secara rahsia. Peter Cameron, penulis skrip dan editor WandaVision dikatakan menerajui salah satu projek ini sebagai penerbit bersama. Beliau terkenal kerana pembangunan siri Carnival Row di Amazon Prime dan siri adaptasi komik, The Magic Order oleh Netflix.

 


📌 Logo Gabungan Tiga Superhero Tertiris untuk Sekuel Filem CAPTAIN MARVEL!

Sekuel Captain Marvel jelas sedang menuju ke arah yang agak berbeza daripada jangkaan ramai sebelum ini.

Walaupun ada banyak laporan positif untuik melihat Carol Danvers kembali ke layar pawagam bersama Monica Rambeau/Spectrum dan Kamala Khan/Ms. Marvel. Mereka akan berganding bahu menjadi satu untuk menumbangkan seteru yang sama iaitu Armada Penakuk Kree.

Hari ini, terbongkar satu logo baharu untuk filem sekuel yang diberi judul The Marvels tersebut yang menggabungkan setiap logo setiap watak. Imej itu dikongsi oleh seorang artis VFX yang terlibat dengan penggambaran filem yang kemudiannya telah membatalkan akaun rasminya secara serta merta beberapa jam selepas dimuatnaik.

Nampaknya ia adalah logo rasmi untuk sekuel itu sebagai petanda produksi The Marvels sudah pun berjalan.

Baru-baru ini, pengarah Nia DaCosta memuji tahap kebebasan kreatif yang diberikan:

“It’s amazing. [It’s] more [freedom] than I’ve had on anything,” the filmmaker told EW. “It’s great because we’re all just comic-book nerds who want to make a great comic-book movie.”

 


📌 Prekuel DIE HARD Berjudul MCCLANE Disahkan Terkubur oleh Disney!

Sudah lama tidak kedengaran apa-apa perkembangan mengenai prekuel Die Hard yang pernah hangat dikatakan satu masa dulu.

Dengan judul McClane, ia kini telah disahkan bahawa filem itu menjadi mangsa korban penggabungan Disney dan Fox.

Sebagai rangkuman, ia bakal menjadi filem keenam dalam francais Die Hard dengan McClane akan diarahkan oleh Len Wiseman serta menampilkan dua jalan cerita serentak dalam satu cerita. Satu cerita akan mengikuti perjalanan hiudp Detektif Hohn McClane dari NYPD pada tahun 1979. Sementara satu lagi akan memberi fokus kepada teraju utama filem ini pada masa sekarang dan fokus pada misinya di Jepun setelah menyelamatkan Nakatomi Plaza pada tahun 1988 dari serangan pengganas.

Ramai peminat tidak setuju dengan idea itu dan ia terbelangkai begitu sahaja hingga kini.

Namun pada hari ini, penerbit Lorenzo di Bonaventura mengesahkan bahawa projek itu sudah pun terkubur:

“It’s not happening. But what was really interesting was we actually came up with an idea to do it. It was a project that wasn’t Die Hard that then, eventually, shifted over to Die Hard. What was interesting about our idea was it allowed you the ability to meet the young John McClane and use Bruce [Willis]. So it was really interesting in that way. So you sort of got to see both versions of him. A bit [like The Godfather Part 2]. I don’t know what [Disney’s] plans are.”

Ia mungkin filem yang menyeronokkan tetapi sukar untuk diramalkan jika Fox masih bergelut untuk mengembalikan francais itu semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *