Categories
Filem Komik Terkini

LAPORAN BERITA HARI INI | 3 JULAI, 2021

📌 Bintang SPIDER-MAN: NO WAY HOME Tom Holland dan Zendaya Kantoi Berpacaran!

Khabar angin yang bertiup kencang akhirnya telah disahkan hari ini: Bintang Spider-Man: No Way Home Tom Holland dan Zendaya dengan rasmi telah dilamun cinta dan berpacaran secara terbuka.

Berita itu disahkan oleh media ketika mereka dilihat berkucupan mesra di dalam kenderaan di Los Angeles semalam.

Foto paparazzi tersebut diambil di kawasan tasik Silver Lake di LA berdekatan kediaman rasmi Zendaya. Tom Holland juga dilihat bersama Zendaya berjalan-jalan seolah-olah sudah dianggap sebagai anggota keluarga!

Laporan kedua-duanya sebagai pasangan merpati dua sejoli telah tersebar sejak 2017 lagi, walaupun mereka sendiri mengetepikan khabar angin menerusi media sosial ketika itu. Pada tahun 2019, Tom Holland dilaporkan berpasangan dengan Olivia Bolton, tetapi ianya berakhir pada April tahun lalu. Sekarng nampaknya dua pelakon Spider-Man itu telah menghidupkan kembali kisah cinta mereka yang lalu untuk berputik semula.

Tom Holland dan Zendaya juga masing-masing memegang peranan sebagai Peter Parker dan MJ, jadi pastinya ada ramai peminat di luar sana yang teruja dengan berita ini.

 


📌 Pandang Pertama Kirby Howell-Baptiste sebagai Death dalam Siri THE SANDMAN!

Satu video pendek yang tular dari set penggambaran The Sandman baru-baru ini berjaya memberikan kami pandangan pertama yang tepat kepada bintang utama Tom Sturridge sebagai watak Lord of Dreams iaitu Sandman. Kini, sebuah foto terbhaaru telah memaparkan pula pandangan pertama Kirby Howell-Baptiste sebagai adiknua, Death!

Walaupun kuraeng jelas, bintang Cruella itu kelihatan berpakaian serupa seperti rekaan komiknya dengan mengenakan loket di lehernya.

Death boleh dikatakan salah satu watak Sandman paling dinantikan oleh ramai peminat komik, oleh itu penampilan sulung ini pasti menimbulkan banyak perbincangan di luar sana.

Sturridge dan Baptiste akan beraksi bersama rakan sejawat Game of Thrones Gwendoline Christie sebagai Lucifer, Logan Boyd Holbrook sebagai The Corinthian, Vivienne Acheampong sebagai Lucienne, Charles Dance sebagai Roderick Burgess, dan Asim Judge dan Sanjeeve Bhaskar sebagai Abel dan Cain.

Kami baru-baru ini juga mengetahui bahawa Desire dan Despair akan dilakonkan oleh Mason Alexander Park dan Donna Preston, sementara Joely Richardson akan memainkan Ethel Cripps sementara David Thewlis akan mengambil peranan sebagai anaknya John Dee atau Dr Destiny. Jenna Coleman pula akan memegang peranan sebagai nenda John Constantine, Lady Johanna Constantine.

Musim pertama THE SANDMAN akan disiarkan menerusi saluran Netflix pada tahun hadapan.

 


📌 Megan Fox Dedahkan Minat untuk Beraksi dalam Filem DC atau MCU!

Pernah satu ketika, Megan Fox dilihat sebagai ssalah satu aktres terbesar dan paling diminati di dunia Tetapi setelah merasa kecewa dengan Hollywood serta peranan penting yang ditawarkannya selepas penampilannya dalam dua francais Transformers, dia telah hilang populariti sejak beberapa tahun ini

Sekarang, beliau sudah bersedia untuk kembali berlakon dan sedang mencari peranan yang lebih “mencabar” dan “menyeronokkan”. Dan sebagai peminat komik tegar, Megan Fox mempunyai pandangannya tersendiri jika muncul untuk mana-mana filem Marvel atau DC.

Dalam satu kenyataan media hari ini beliau berkata:

“I want to grow into myself as an actor. I feel like I spent a lot of years not doing that because I sort of checked out from Hollywood. Now I’m ready to grow into myself.”

Fox telah mencuba nasib sebagai watak komik terdahulu untuk filem Jonah Hex dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Tetapi, seperti yang kita ketahui, tidak pernah hadir dalam filem Marvel atau DC . Tidak mengejutkan sekiranya beliau berminat untuk menjadi sebahagian daripada dua francais besar ini ketika kedua-dua prospek studio tersebut sedang aktif dan berkembang termasuk banyak projek-projek televisyen serta strim.

Apakah peranan DC atau Marvel yang anda fikir sesuai untuk Megan Fox?

Leave a Reply

Your email address will not be published.