Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 3 OGOS 2021

Henry Cavill Dilaporkan Tiada Kontrak untuk Muncul dalam THE FLASH atau Sebarang Filem DC sebagai Superman!

The Flash adalah filem yang jelas akan menampilkan ramai cameo superhero DC Comics.

Tetapi nampaknya Superman lakonan Henry Cavill tidak akan tersenarai walaupun ramai sudah sedia maklum Sasha Calle akan buat kemunculan sulung sebagai Supergirl.

Awal hari ini, ada desas-desus mengatakan bahawa pelakon itu mungkin telah menandatangai perjanjian baharu untuk penampilan cameo dalam filem tersebut tetapi ia dengan pantas telah disahkan palsu.

Pada tahun 2017, Henry Cavill menyatakan bahawa dia masih ada kontrak untuk sekurang-kurangnya satu filem lagi namun itu tidak bermakna pihak Warner Bros. atau DC akan menggunakannya.

Mungkin ada yang bertanya kenapa tidak? Jelas Warner Bros kini sedang beralih fokus untuk jalan cerita Superman yang lain dengan Michael B. Jordan bakal membawa watak Val-Zod/Black Superman menerusi HBO Max.

 


Reboot Terbaharu Filem TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES Kini Rasmi Sedang Dibangunkan oleh Paramount Pictures!

Filem live-action Teenage Mutant Ninja Turtles terbaharu nampaknya rasmi sedang dipersiapkan oleh Paramount Pictures dengan Colin dan Casey Jost dari Saturday Night Live dilantik sebagai penulis skrip.

Studio tersebut telah melancarkan semula francais itu pada tahun 2014 dan diikuti dengan sekuelnya pada tahun 2016, Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of The Shadows. Kedua-dua filem ini tidak mendapat sambutan positif daripada pengkritik tetapi ia meraih kutipan box office memberangsangkan.

Kami masih tidak tahu sama ada projek ini merupakan sambungan kepada filem sebelumnya tetapi Michael Bay akan tetap hadir kembali sebagai penerbit bersama dengan Andrew Form, Brad Fuller, Scott Mednick dan Galen Walker.

Paramount Pictures dilaporkan “masih melihat IP francais ini sebagai satu keutamaan” walaupun ada satu lagi filem Teenage Mutant Ninja Turtles lain daripada syarikat produksi Seth Rogen, Point Gray Pictures juga sedang dibangunkan.

Colin dan Casey Jost telah menjadi gandingan penulis utama Saturday Night Live sejak tahun 2005.

 


Tarikh Siaran Rasmi Siri Televisyen THE LORD OF THE RINGS Diumumkan!

Siri televisyen Lord of the Rings yang masih belum diberi judul rasmi untuk siaran di Amazon Prime akhirnya telah menerima tarikh tayangan perdana: Jumaat, 2 September 2022.

Memang ia satu penantian yang agak lama terutama sekali ketika penggambaran musim pertama baru sahaja tamat hari ini di New Zealand.

Walau bagaimanapun, tarikh yang dipilih dirasakan agak sesuai untuk siri berbajet mega itu kerana banyak filem dan siri televisyen lain sudah padat memenuhi senarai dan jadual tontonan peminat.

Ksiah ini diadaptasi dari karya novelis ikonik, J.R.R Tolkien yang berlaku sebelum filem trilogi arahan Peter Jackosn iaitu beribu-ribu tahun sebelum peristiwa The Hobbit dan The Lord of the Rings asal. Ia akan menampilkan watak-watak baharu serta dikatakan bakal “berhadapan kemunculan Sauron buat kali pertama”.

Hanya pengumuman rasmi pelakon Morfydd Clark sebagai watak versi Galadriel yang lebih muda sahaja telah diumumkan setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.