LAPORAN BERITA HARI INI | 30 JULAI 2021

Uncategorized

📌 Penerbit AQUAMAN 2 Nafi Sebarang Kenyataan Amber Heard Akan Dipecat!

Sama ada suka atau pun tidak, Amber Heard akan kembali untuk mengulangi peranannya sebagai Mera untuk filem Aquaman dan The Lost Kingdom.

Ini sama sekali menafikan sebarang desas-desus laporan yang menyatakan statusnya sedang dalam bahaya malah bakal dipecat dan digantikan dengan pelakon baharu.

Amber Heard mengesahkan bahawa dia telah menandatangani perjanjian untuk kembali beraksi untuk sekuel James Wan itu pada tahun lalu tetapi ramai peminat telah memberontak kerana dia telah berbohong dalam pertuduhan kes undang-undang terhadap bekas suaminya Johnny Depp. Malah ada yang merasakan dia harus dipertanggungjawab sehingga Johnny Depp terpaksa digugurkan untuk muncul semula dalam filem Fantastic Beasts 3.

Namun begitu, penerbit Peter Safran hari ini telah mengesahkan bahawa walaupun Warner Bros menyedari akan apa yang terjadi, tidak akan ada tindakan bakal diambil secara serius:

Menurut beliau:

“I don’t think we’re ever going to react to pure fan pressure. You gotta do what’s best for the movie. We felt that if it’s James Wan and Jason Momoa, it should be Amber Heard. That’s really what it was. One is not unaware of what is going on in the Twitter-verse.. but that doesn’t mean you have to react to it or take it as gospel or accede to their wishes. You have to do what’s right for the film. And that’s really where we landed on it.”

Aquaman dan The Lost Kingdom akan ditayangkan pada bulan Disember tahun hadapan. Kami masih tidak tahu akan berlaku dalam filem ini kelak tetapi diramalkan bahawa Black Manta akan kemnali menjadi penjahat utama untuk kali ini.

 


📌 Disney Beri Respon Kes Saman Scarlett Johansson dengan nada “Sedih dan Mengecewakan”

Awal hari ini, kami ada melaporkan bahawa bintang BIack Widow, Scarlett Johansson telah memfailkan tuntutan terhadap Walt Disney Co. dengan mendakwa bahawa kontraknya telah dilanggar apabila filem Marvel Studios tersebut telah dilancarkan di Disney + dan di pawagam secara serentak.

Bintang Avengers itu mendakwa bahawa Disney amat menyedari bahawa dengan menawarkan filem itu pada masa yang sama menerusi saluran strim akan menghalang kehadiran penonton ke pawagam tetapi masih “terus melakukannya dengan sengaja dan sedar.”

Kami meramalkan pihak Disney tidak akan menangani hal ini secara terbuka namun mereka masih mahu mempertahankan tindakan yang telah dibuat.

Menurut seorang jurucakap Disney dalam satu kenyataan rasmi:

“There is no merit whatsoever to this filing. The lawsuit is especially sad and distressing in it is a  callous disregard for the horrific and prolonged global effects of the COVID-19 pandemic. Disney has fully complied with Ms. Johansson’s contract and furthermore, the release of Black Widow on Disney+ with Premier Access has significantly enhanced her ability to earn additional compensation on top of the $20 million she has received to date.”

Ia merupakan satu respon yang cukup menarik dan ada kebenarannya. Disney jelas tidak mempunyai niat untuk berundur malah berusaha untuk menyelesaikannya sama ada dalam jangka masa terdekat ini atau jauh lebih lama dan panjang.

 


📌 Penerbit PREDATOR 5 Sahkan Judul Rasmi, Percaya Jalan Cerita Lebih Baik dari Filem Terdahulu!

Tahun lalu kami dimaklumkan bahawa pengarah 10 Cloverfield, Lane Dan Trachtenberg akan menerajui filem Predator yang terbaharu bersama penerbit John Davis dan John Fox.

Dan hari ini mereka telah berkongsi beberapa butiran terkini semasa wawancara bersama dengan satu sumber media.

Sebagai mengesahkan yang filem ini akan berlangsung sebelum jalan cerita asal, pihak studio secara rasmi mengumumkan bahawa filem itu akan diberi judul Predator: Skull malah berjanji bahawa ia bakal mengembalikan banyak elemen asal yang menjadi kesukaan peminat francais tersebut.

“It goes back to what made the original Predator movie work. It’s the ingenuity of a human being who won’t give up, who’s able to observe and interpret, basically being able to beat a stronger, more powerful, well-armed force. I feel like the first one was a wonderful, interesting movie and I know what worked about it. It actually has more akin to ‘The Revenant’ than it does any film of the Predator franchaise. You’ll know what I mean once you see it,”

Apa yang rasmi dan jelas kali ini adalah watak utama akan dibawa oleh seorang pelakon wanita kali ini. Dan baru-baru ini dilaporkan bahawa pelakon Amber Midthunder telah ditawarkan peranan tersebut dan kami masih lagi menunggu pengesahannya.

Filem Predator yang pertama (dan yang terbaik) hadir pada tahun 1987 yang dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger sebagai ketua sekumpulan komando upahan yang mendapati diri mereka diburu oleh sejenis makhluk asing.

Daripada tiga filem berikutnya, hanya filem arahan Nimród Antal’s Predators pada tahun 2010 hampir sama dapat mengembalikan dengan elemen cerita yang asal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *