Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 31 JULAI 2021

📌 Dwayne Johnson Benci dan Buang Kostum Asal BLACK ADAM!

Kita biasa melihat pelapik otot (muscle padding) kostum superhero dalam mana-mana siri TV atau filem adaptasi komik. Walaupun sering tersembunyi dengan baik, ada kalanya ia tetap kurang kermas. Contohnya ialah menerusi filem Shazam! pada tahun 2019 di mana fizikal Zachary Levi dikritik secara meluas oleh pihak media akibat muscle padding melampau.

Untuk filem Black Adam, jelas bukan rahsia lagi bahawa Dwayne Johnson tidak memerlukan pelapik otot walaupun versi asal kostum watak tersebut masih menyertakannya.

Dalam satu wawacara dalam jelajah promosi filem terbarunya Jungle Cruise, bintang besar tersebut menjelaskan bahawa kostum Black Adam harus direka semula setelah dia mengenakan versi tersebut yang langsung tidak selesa buatnya.

“I wanted to come in in the best shape of my life. I wanted to raise the bar. When we first met and I sent Emily Blunt] pictures, it was funny when we first tried on the first costume that they had made for me. It was padded. Like all the superhero costumes are padded. But when you have padding, it actually takes away from your real body so all this went away.”

“It had this fake padding. It looked so terrible. So we removed all the padding, redesigned the costume.”

Black Adam akan berada di pawagam setahun dari sekaranh pada tanggal 29 Julai 2022.

 


📌 J.K. Simmons Dirisik untuk Kembali sebagai Komisioner Gordon untuk Filem BATGIRL!

Dengan “SnyderVerse” yang kini kelihatan seperti tidak akan diteruskan, ada kemungkinan besar kita tidak akan melihat lagi kelibat J.K. Simmons sebagai Komisioner Jim Gordon.

Tetapi pemenang Anugerah Oscar itu tampak masih belum selesai beraksi!

Sumber media hari ini melaporkan bahawa J.K Simmons sedang dalam rundingan untuk mengulangi peranannya untuk filem HBO Max Batgirl tidak lama lagi.

Beliau membuat kemunculan sulung sebagai Komisoner Gordon dalam filem Justice League tetapi hanya muncul dalam beberapa babak sahaja termasuk dalam versi Zack Snyder Cut. Tetapi Batgirl kini memberikannya kesempatan untuk kembali sepenuhnya dengan peranan yang lebih besar. Baru-baru ini diumumkan bahawa Leslie Grace akan memainkan peranan utama Barbara Gordon/Batgirl.

Pengarah Bad Boys For Life, Adil El Arbi dan Bilall Fallah akan menerajui adaptasi DC Comics, manakala penulis BumbleBee, Birds of Prey dan The Flash iaitu Christina Hodson sedang menyiapkan menulis draf skrip.

Pengarah Avengers, Joss Whedon pada awalnya telah diberikan peranan sebagai sutradara tetapi berpisah dengan projek itu pada tahun 2018 setelah dilanda pelbagai kontroversi.

Tidak ada tarikh tayangan rasmi telah diumumkan tetapi film ini dijadualkan untuk tayangan HBO Max pada tahun 2023.

 


📌 Sylvester Stallone Tayang Cincin Baharu untuk Lancarkan Filem THE EXPENDABLES 4!

Dengan suntingan edisi khas filem Rocky IV selesai, Sylvester Stallone kini nampaknya akan kembali untuk projek sukaramai, The Expendables 4.

Pada tahun 2010, francais filem aksi tersebut dilancarkan dengan bintang legenda itu sebagai pengarah, penulisan serta pelakon utama bersama ramai pelakon aksi hebat sepanjang zaman yang lain.. Dua lagi sekuel menyusul pada 2012 dan 2014 tetapi Stallone agak senyap sejak kebelakangan ini mengenai status filem keempat yang masih bertanda tanya.

Terkini, Sylvester Stallone menerusi akaun rasmi Instagram miliknya telah mendedahkan bahawa dia kini sudah bersedia untuk The Expendables 4. Berkongsi gambar sebentuk cincin emas yang dihiasi tengkorak, tertulis sebaris kapsyen:

“Just finished the designing for the new ring for The Expendables 4. It’s a little heavy, but it’ll definitely put some muscles on your fingertips.”

Tahun lalu dilaporkan bahawa pengarah The Hitman’s Bodyguard dan Hitman’s Wife’s Bodyguard Patrick Hughes disahkan untuk kembali sebagai pengarah untuk The Expendables 4, walaupun tidak pasti bila projek filem itu akan dilancarkan.

Sementara itu, peminat bakal disajikan dengan beberapa babak baharu Sylvester Stallone sebagai Rocky Balboa apabila filem Rocky Vs. Drago – The Ultimate Director’s Cut dikeluarkan pada 11 November 2021 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.