Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 31 OGOS 2021

THE RETURN OF THE ROCKETEER Bakal Hadir Di Disney+; David Oyelowo Pilihan Watak Utama!

Kali pertama kami mendengar mengenai rancangan Disney untuk memulakan semula projek filem The Rocketeer adalah pada tahun 2016 apabila Joe Johnston diumumkan sebagai pengarah dengan seorang pelakon kulit hitam mengambil alih peranan Rocketeer dari Cliff Secord (Billy Campbell) sebagai watak utama. Ia tidak pernah dilaksanakan dan idea tersebut pernah dibincangkan beberapa kali selama bertahun-tahun.

Kini, versi yang sangat berbeza telah dilaporkan sedang aktif diusahakan untuk saluran Disney+.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, The Return of the Rocketeer merupakan judul rasmi produksi tersebut dengan skrip dihasilkan oleh penulis Now You See Me dan Jessica Jones, Ed Ricourt. Ia akan memberi fokus kepada seorang pesawat terbang Tuskegee yang sudah bersara serta mengambil alih mantel Rocketeer.

Filem asalnya ditayangkan pada tahun 1991 merupakan adaptasi dari komik hasik cipta Dave Stevens terbitan Pacific/Eclipse Comics.

 


THE EXPENDABLES 4 Bakal Saksikan Kemunculan Megan Fox, Tony Jaa, 50 Cent & Ramai Lagi!

Kembali untuk beraksi kali keempat untuk filem terbitan dan lakonan Sylvester Stallone ini adalah Jason Statham, Dolph Lundgren serta Randy Couture dan mereka akan disertai oleh pendatang baru iaitu Curtis “50 Cent” Jackson, Megan Fox dan Tony Jaa, menurut THR. Filem ini akan dipandu oleh Scott Waugh dari skrip oleh Spenser Cohen, Max Adams dan John Joseph Connolly.

Menurut Presiden Millennium Media, Jeffrey Greenstein:

“It’s so much fun to bring these stars together for a no-holds-barred action film. The new film will raise the stakes and be the biggest, most badass adventure yet. Popcorn entertainment is guaranteed!”

Francais The Expendables dilancarkan pada tahun 2010 berdasarkan cerita yang ditulis oleh Sylvester Stallone dan dibintangi oleh ramai nama besar Hollwyood seperti Arnold Schwarzenegger, Jet Li, Steve Austin, Terry Crews, Bruce Willis, Chuck Norris, Jean-Claude Van Damme, Scott Adkins, Wesley Snipes, Mel Gibson dan Harrison Ford. Trilogi filem tersebut mengisahkan sekumpulan komando upahan elit yang ditugaskan untuk misi-misi ekstrem. Francais itu telah menjana lebih dari USD$804.1 juta seluruh dunia.

Filem The Expendables yang keempat pada asalnya telah pun diumumkan pada tahun 2015, setahun selepas filem ketiga ditayangkan. Walau bagaimanapun, sejak itu hanya terdapat sedikit pergerakan atau perkembangan terkini mengenainya.

 


Hulk Bakal Muncul dalam MOON KNIGHT Selepas Mark Ruffalo Dilihat Bergambar di Budapest?

Umum mengetahui Mark Ruffalo kini sedang bersiap sedia untuk mengulangi peranannya sebagai Bruce Banner/Hulk untuk siri She-Hulk.

Tetapi apakah kita juga dapat melihatnya menerusi satu lagi siri Disney+ yang akan datang?

Moon Knight kini sedang giat menjalani penggambaran di Budapest. Dalam pada itu, seorang peminat telah berjaya merakamkan beberapa gambar selfie serta telah kongsikan ke Instagram. Yang pertama adalah bersama Mark Ruffalo dan kemudiannya bersama Oscar Isaac di luar hotel yang sama.

Tentu sahaja ia tidak dapat mengesahkan apa-apa tetapi kita tahu bahawa She-Hulk baru-baru ini telah selesai produksi di Atlanta Maka dengan itu, melainkan jika Mark Ruffalo berada di Hungary untuk urusan lain dan kebetulan tinggal di hotel yang sama dengan Oscar Isaac, ada cukup kemungkinan anggota Avengers itu akan tampil dalam Moon Knight!

Masih banyak yang kita tidak tahu mengenai Moon Knight kecuali foto-foto pandangan pertama Marc Spector yang tertiris baru-baru ini. Kemunculan Dr. Bruce Banner dalam siri tersebut akan menjadi salah satu cara untuk mewujudkan kesinambungan MCU yang lebih luas. Khabar angin baru-baru ini turut melaporkan Emily Van Camp juga mungkin muncul sebagai Sharon Carter namun sekali lagi, ia masih belum dapat disahkan.

Setakat hari ini, hanya sinopsis rasmi berikut telah didedahkan oleh Marvel dan Disney+

“An action-adventure that features a complex vigilante who suffers from dissociative identity disorder. The multiple identities who live inside him are distinct characters who appear against a backdrop of Egyptian iconography.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.