Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

LAPORAN BERITA HARI INI | 4 JULAI, 2021

📌 Treler Rasmi Siri Antologi Anime STAR WARS: VISIONS Disiarkan dengan Tarikh Siaran Rasmi Disney+

Semasa berlangsungnya Anime Expo Lite minggu ini, panel untuk Star Wars: Visions telah memperlihatkan pandan pertama khas untuk siri antologi tersebut.

Dengan tarikh tayangan perdana menerusi Disney+ pada 22 September nanti, Star Wars: Visions merupakan koleksi cerita yang diceritakan jauh melalui perspektif unik beberapa pencipta anime paling berbakat di dunia.

Siri ini akan terdiri daripada sembilan episod yang dibuat dari tujuh studio yang berbeza iaitu:

Kamikaze Douga – The Duel
Geno Studio (Twin Engine) – Lop and Ochō
Studio Colorido (Twin Engine) – Tatooine Rhapsody
Trigger – The Twins
Trigger – The Elder
Kinema Citrus – The Village Bride
Science Saru – Akakiri
Science Saru – T0-B1
Production IG – The Ninth Jedi

Setiap episod bukan hanya unik dengan estetika visual tetapi juga gaya dan pendekatan

Dengan Star Wars yang sememangnya telah pun banyak terinspirasi dari mitologi Jepun, menonton kisah-kisah baru ini pastinya akan meneroka lebih jauh lagi warisan budaya negara matahari terbit itu yang unik dan menarik.

 


📌 Pelakon SUCKER PUNCH Dedahkan Kebarangkalian Versi Snyder Cut Filem Tersebut!

Mungkinkah Sucker Punch bakal mengikuti mengikuti jejak Justice League sebagai filem Zack Snyder seterusnya menerima versi “Snyder Cut”?

Sebelumnya, ini sutradara tersebut penah mengakui bahwa beliau dipaksa untuk “memulihkan semula” filem tahun 2011 itu supaya lebih kelihatan komersial. Dan hari ini, salah seorang pelakonnya Jamie Chung telah mengesahkan bahawa banyak babak yang tersisa serta masih belum lagi dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Ketika ditanya THR, Jamie Chung mendedahkan bahawa wataknya, Amber, pada peringkat awal mempunyai peranan yang besar, sambil mengesahkan bahawa versi yang lebih “dewasa: dirancang sebelum Snyder diarahkan membuat potongan itu.

Menurut pelakon itu:

“The theatrical cut is PG-13 but it feels like such an R-rated movie. And I think that’s one of the reasons why they altered the story. It’s been so long, but there would’ve been a lot more detail. Each scene would’ve been extended by 10 minutes. We shot the hell out of that movie, and it was so fun. My character was the pilot, but I do know that the fighting sequences were much longer. Gosh, it felt like we trained so long for them. That whole experience in itself was six months, so there’s got to be more out there.”

Sucker Punch dikritik agak berat setelah ditayangkan dan tidak mencapai tahap box office tetapi filem ini mengumpul ramai penyokong tegar selama bertahun-tahun lamanya sebagai sebuah naskah yang wajar diberikan perhatian yang lebih.

Kami tidak dapat pasti sama ada pihak Warner Bros akan memberikan Zack Snyder peluang meneruskan projek ini setelah Justice League hadir hasil inisiatif #RestoreTheSnyderVerse.

Namun jika ada permintaan, satu versi Blu-ray baharu tentunya adalah satu kemungkinan.

 


📌 Siri SHE-HULK Bakal Memperkenalkan The Wrecking Crew!

Terdapat banyak laporan menarik mengenai siri She-Hulk yang bakal hadir ke Disney+ di mana setakat ini sah watak Jennifer Walters sebagai She-Hulk akan bertembung dengan Titania dan Abomination.

Masih banyak yang belum terungkap mengenai drama komedi undang-undang itu, namun terkini dikhabarkan bahawa kita dapat melihat kemunculan sulung The Wrecking Crew menerusi Semesta Sinematik Marvel atau MCU.

Menurut sumber, keempat-empat watak antagonis tersebut pasti hampir akan muncul menerusi She-Hul, dan itulah yang diharapkan oleh ramai peminat sejak sekian lama.

Hadir buat pertama kali di dalam komik menerusi The Defenders #17 pada tahun 1974, Wrecker, Thunderball, Bulldozer dan Piledriver dicipta oleh Len Wein dan Sal Buscema, dan diberi kekuatan luar buasa setelah terpekena sihir yang berasal dari Asgard. Akibatnya, mereka sering bertelagah dengan Thor sehingga hari ini!

Nampaknya versi mereka kali ini besar kemungkinan akan dijelmakan oleh Sinaran Gamma tetapi itu masih lagi belum pasti walaupun sejarah di dalam komik memang Jennifer Walters menerima kuasanya setelah menerima pemindahan darah daripada sepupunya, Dr. Bruce Banner.

Tatiana Maslany akan memainkan watak utama dalam She-Hulk, sementara Mark Ruffalo akan kembali peranan sebagai Hulk. Tim Roth juga akam muncul semula sebagai The Abomination setelah dilihat dalam treler Shang Chi: Legends of the Ten Rings baru-baru ini. Sementara Jameela Jamil pula dipilih sebagai watak Titania. Ginger Gonzaga dan Renée Elise Goldsberry juga telah menyertai siri ini sebagai watak yang belum didedahkan.

She-Hulk dijangka akan bersiaran menerusi Disney + pada tahun 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published.