Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 4 OGOS 2021

Paramount Kini Sedang Bangunkan Siri TV Star Trek: Starfleet Academy!

Walaupun sudah lama dikhabarkan bahawa projek Star Trek baharu yang akan memberikan fokus kepada Starfleet Academy sedang dalam pembikinan, hari ini nampaknya berita itu telah pun disahkan dengan secara rasmi. Kisahnya akab berputar sekitar Starfleet Academy dan ditujukan untuk penonton yang lebih muda.

Selain itu, Paramount Pictures juga sedang membangunkan siri spin-off Star Trek: Discovery yang dibintangi Michelle Yeoh sebagai Kapten Philippa Georgiou.

Penerbut Alex Kurtzman berkata:

“I think we’re just getting started. There’s just so much more to be had.”

Terkini, francais Star Trek kini sudah pun memiliki dua siri animasi terbitan bersama Paramount+ dan Nickelodeon berjudul Star Trek: Prodigy dan juga Star Trek: Lower Decks untuk tontonan dewasa.

Selain menjadi penulis skrip untuk reboot filem Star Trek pada tahun 2009 dan sekuelnya pada tahun 2013, Star Trek Into Darkness, Alex Kurtzman juga telah menjadi penerbit dan penulis untuk Star Trek: Discovery, Star Trek: Short Treks, Star Trek: PicardsertaStar Trek: Strange New Worlds untuk tayangan tahun hadapan

 


Foto Set Penggambaran THOR: LOVE AND THUNDER Dedah Pandang Pertama Christian Bale sebagai Gorr The God Butcher!

Kita telah pun mengetahui bahawa Christian Bale akan berubah menjadi Gorr the God Butcher dalan Thor: Love and Thunder. Tetapi pandangan pertama untuk mantan bintang utama Batman itu dengan kostum penuh watak antagonis filem keempat Thor itu telah tertiris hari ini.

Banyak teori mengatakan yang watak penjahat itu akan dihidupkan dengan menggunakan kesan visual khas. Tetapi nampaknya Marvel Studios dan pengarah Taika Waititi ingin memastikan persembahan hebat Christian Bale ditampilkan sebanyak mungkin kerana beliau terkenal kerana komitmen 100% kepada setiap peranan yang diberikan.

Seperti yang dapat kita lihat, warna kelabu yang dikenakan dari kepala hingga kaki serta memakai jubah kelabu telah melengkapkan penampilannya. Beliau juga memiliki beberapa solekan prostetik di wajahnya tetapi tidak sama seperti versi asal Gorr di dalam komik.

Di dalam komik, seluruh keluarga Gorr telah dibunuh dan dia bersumpah akan membalas dendam pada Dewa yang gagal menyelamatkan mereka.

 


ETERNALS Tidak Akan Ditayangkan Menerusi Disney+ Premiere Access untuk Tayangan Di Pawagam Sahaja!

Prestasi kurang memberangsangkan Black Widow di senarai box office telah mengakibatkan Disney membuat beberapa perubahan besar untuk strategi pemasarannya yang akan datang.

Treler terkini Eternals yang ditayangkan semasa Sukan Olimpik Tokyo semalam mengesahkan bahawa pengembaraan Fasa 4 MCU akan dilancarkan hanya di pawagam menjelang 5 November nanti.

Ini adalah berita yang cukup menggemparkan kerana ia jelas menunjukkan bahawa Disney telah beralih dari tayangan pawagam dan Disney+ Premiere Access secara serentak serta kembali ke rancangan atau strategi asal.

Pawagam seluruh Amerika Syarikat kini telah mula dibuka sejak program vaksin hampir selesai di sana tetapi dengan ramai orang masih ragu-ragu untuk kembali kerana ancaman Varian Delta.

Leave a Reply

Your email address will not be published.