Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

LAPORAN BERITA HARI INI | 5 JULAI, 2021

📌 James Gunn Pernah Usulkan 15 Watak Penjahat untuk THE SUICIDE SQUAD!

The Suicide Squad nampaknya akan hadir dengan ramai penjahat-penjahat baharu dan pelik DC Comics sebagai anggota Task Force X. Barisan watak seperti Polka-Dot Man, Ratcatcher II dan Peacemaker bakal membuat penampilan sulung dalam filem ini naun beberapa nama popular (dan tidak begitu popular) hampir-hampir juga menyertai pasukan ini.

Merujuk kepada sumber Twitter pada hujung minggu ini, pengarah James Gunn mendedahkan beberapa nama lain yang sebelum ini sudah dipertimbangkan dan sukar untuk tidak berasa kecewa kerana tidak dapat melihat mereka beraksi!

Turut disenaraikan menerusi Tweet tersebut adalah Livewire, Punch, Jewelee, Black Spider, Deathstroke, Man-Bat, Plastique, Chemo, KGBeast, Solomon Grundy, Rainbow Creature, Gunhawk dan Knockout. Seolah-olah masih belum puas, pengarah Guardians of the Galaxy itu juga inginkan Killer Frost dan Mister Freeze termasuk Black Manta.

Beliau turut berkongsi kenyataan dengan kemungkinan kembali ke DC Films untuk filem Suicide Squad seterusnya.

Apakah mungkin kita akan dapat melihat beberapa orang jahat yang disebut tadi sekiranya ia terjadi?

 


📌 Pengarah LOKI Sahkan Babak Bonus Episod Terbaru Merujuk kepada Filem Avengers!

Episod 4 Loki berakhir dengan Dewa Muslihat Asgard disingkirkan dari garis masa dan kemudiannya tersedar semula dalam satu kejadian pasca-apokalips Bandar New York.

Setelah tertanya sendiri sama ada dia sudah pun tercampak ke neraka, Loki mendapati dirinya berhadapan dengan empat lagi Varian Loki.

Mereka terdiri daripada “Loki Klasik”, “Loki Budak”, “Loki Angkuh” dan versi yang disebut sebagai “Loki Buaya” buat masa ini. Itu merupakan satu cliffhanger luar biasa dan besar kemungkinan ada mengingatkan kita tentang satu momen penting dalam MCU.

Pengarah Kate Herron mendedahkan bahawa dia dan sinematografer, Autumn Durald sudah lama merancang menggunakan adegan ini dalam siri Disney + sebagai satu babak penghormatan kepada The Avengers (2012). Seperti yang kita lihat, babak bonus pertengahan kredit tersebut bertujuan merujuk kepada tumbangnya Loki di tangan Avengers semasa berada di puncak Menara Stark.

Komposer Natalie Holt turut memasukkan muzik Avenegrs asal beberapa saat untuk adegan itu untuk membangkitkan keterujaan peminat menjelang dua episod terakhir nanti!

 


📌 Pelakon ANT-MAN AND THE WASP: QUANTUMANIA Akhirnya Mengaku Kemunculan Watak Kang the Conqueror!

Ketika Jonathan Majors dipilih untuk muncul dalam Ant-Man dan The Wasp: Quantumania, ramai melaporkan pelakon itu akan berperanan sebagai Kang the Conqueror.

Sejak itu dia sendiri enggan mengesahkan atau menafikan bahawa watak tersebut memang di dalam genggamannya.

Pastinya ada juga segelintir peminat yang yakin Kang akan muncul dalam siri Loki sebagai penjahat utama atau mungkin juga dalam versi samarannya Immortus.

Walau apa pun, Jonathan Majors baru-baru ini dilihat mengunjungi Golden Apple Comics dan dengan santai mengesahkan bahawa dia sah akan melakonkan watak Kang the Conqueror!

Bahkan dia menurunkan menandatangani dengan perkataan Kang dan memberitahu mereka bahawa “it was the first time he has EVER signed Kang on anything.”

Kelihatan seronok di sini tetapi ada juga berita buruk buat pelakon itu pada hujung minggu lalu. HBO telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan meneruskan musim kedua Lovecraft Country, sebuah siri yang dibintangi bersama oleh aktres Black Canary, Jurnee Smollett.

Dalam satu kenyataan berasingan beliau menyebut:

“We will not be moving forward with a second season of Lovecraft Country. We are grateful for the dedication and artistry of the gifted cast and crew who crafted this groundbreaking series. And to the fans, thank you for joining us on this journey.”

Penerbit eksekutif drama tersebut adalah J.J Abrams.

Leave a Reply

Your email address will not be published.