Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 6 OGOS 2021

Pengarah FREE GUY Beri Pembayang Bakal Arahkan DEADPOOL 3?

Free Guy telah menerima ulasan awal yang positif dari pengkritik dan Disney pastinya ingin terus bekerjasama dengan pengarahnya Shawn Levy selepas ini.

Namun begitu, pengarah tersebut tidak pernah mengarah mana-mana filem superhero tetapi portfolio kerjanya merangkumi Night at the Museum, Real Steel dan Stranger Things. Oleh kerana itu, namanya sering dikaitkan untuk pelbagai projek oleh peminat komik termasuk untuk filem ketiga Deadpool.

Dalam satu wawancara tentang persoalan sama semasa mempromosi filem FREE GUY semalam, beliau menjawab:

“I’m going to mostly skirt that question, which might be an answer. I’ll answer the last part of it, which is: I’m a fan. I’m a fan of Deadpool, like a massive fan. And I’m a fan of the Marvel Universe and the way in which increasingly, individual filmmakers of real note can make and express with their own voice and vision through that franchise behemoth, whether it’s what Taika did with Ragnarok, what Eternals is going to be, what James Gunn did with Guardians.”

Treler Rasmi Y: THE LAST MAN Didedahkan kepada Umum!

Siri Y: The Last Man ini akan disiarkan pada bulan September ini dan lewat malam tadi akhirnya kita menonton treler rasmi oleh saluran strim Hulu.

Ia dimulakan dengan bencana yang kematian setiap makhluk di muka bumi ini dengan kromosom Y… kecuali Yorick Brown lakonan Ben Schnetzer dan monyet peliharaannya, Ampersand. Dari situ, kita dapat melihat mereka yang terselamat berusaha memahami apa yang berlaku dengan harapan dapat mewujudkan kestabilan global di kalangan dunia yang dikuasai wanita.

Y: The Last Man juga dibintangi oleh Marin Ireland, Diana Bang, Elliot Fletcher serta Juliana Canfield dan akan mula ditayangkan pada 13 September, 2021.

STAR WARS: THE BAD BATCH Musim Ke-2 Disahkan untuk 2022 oleh Disney+

Hari ini kami telah mendapat pengesahan bahawa siri sukaramai Star Wars: The Bad Batch akan kembali untuk musim kedua pada tahun hadapan.

Menurut kata Michael Paull selaku Presiden Disney+ dan ESPN:

“Fans have enthusiastically embraced the action and drama of ‘Star Wars: The Bad Batch,’ and we are excited to see the Star Wars animated universe continue to expand on Disney+. As the dedicated streaming home for the Star Wars franchise, we can’t wait for the second season of this fan-favorite animated series.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.