Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 6 SEPTEMBER 2021

SHANG-CHI AND THE LEGEND OF THE TEN RINGS Pecah Rekod Sasaran Box Office Asal!

Shang-Chi telah membuktikan dirinya sebagai seorang anggota Avenger yang layak diberikan tempat dalam barisan superhero terkuat Marvel kerana filem tersebut telah berjaya memecahkan kutipan box office!

Ia kini berada landasan tepat untuk pembukaan kedua terbesar pada tahun 2021 selepas memotong kutipan F9: The Fast Saga untuk berada selesa di belakang Black Widow.

Setelah menjana kutipan USD$32.2 juta pada hari Sabtu lalu, anggaran jumlah tiga hari berikutnya telah meningkat menjadi USD$71.4 juta.

Shang-Chi dilihat bakal memperolehi keuntungan sebanyak USD$83.5 juta pada hujung minggu berikutnya jika momentum ini berterusan. Ini adalah kemenangan besar untuk kutipan pawagam dan tanda bahawa filem seperti Venom: Let There Be Carnage dan Eternals akan kembali ditayangkan sepenuhnya menerusi pawagam seperti yang dirancang.

 


Pengarah James Wan Dedahkan Seragam baharu untuk AQUAMAN AND THE LOST KINGDOM!

Pengarah James Wan telah berkongsi pandangan pertama untuk filem sekuel Aquaman and the Lost Kingdom dengan berkongsi kedua-dua kostum versi terbaharu adiwira Atlantis tersebut yang bakal dipakai oleh Jason Momoa.

Yang pertama sudah tentunya adalah seragam asal dan klasik dengan sedikit naik taraf, manakala yang kedua adalah seragam baharu yang mendapat inspirasi dari kostum biru yang pernah muncul menerusi siri komik Aquaman terbitan tahun 1986.

Kapsyen media sosial rasmi milik sutradara tersebut tertulis:

Here’s @prideofgypsies in the classic #Aquaman suit AND a sneak peek at his other outfit — the stealth suit. Atlantean tech based on cephalopod’s camouflaging ability. David Leslie Johnson and I were inspired by the 80’s “blue suit”.

Selain Jason Momoa sebagai watak utama, pelakon bintang lain yang akan beraksi dalam filem ini adalah Amber Heard (Mera), Yahya Abdul-Mateen II (Black Manta), Patrick Wilson (Putera Orm Marius), Temuera Morrison (Tom Curry) dan Dolph Lundgren (Raja Nereus).

Masih belum pasti sama ada Nicole Kidman atau Willem Dafoe akan kembali sebagai Atlanna dan Vulko buat masa ini.

Aquaman and the Lost Kingdom akan berada di pawagam pada 16 Disember, 2022.

 


Isu Terbaharu THE AMAZING SPIDER-MAN Bakal Ubah Sejarah Marvel Comics Selamanya!

Dek kerana ajal makin menghampiri, Peter Parker bakal digantikan oleh Ben Reilly sebagai Spider-Man yang baharu tidak lama lagi.

Tidak cukup dengan kejutan tersebut, baru-baru ini juga terungkap bahawa Norman Osborn atau Gren Goblin telah membuat perjanjian dengan Mephisto sehingga sanggup mengorbankan nyawa anak kandungnya sendiri, Harry Osborn. Doctor Strange masih menyiasatnya dan perjanjian yang dilakukan

Terkini dalam isu komik The Amazing Spider-Man #73 yang bakal diterbitkan pada hari Rabu ini, kita sebenarnya bakal mengetahui kejutan paling besar  menerusi jalan cerita “Sins Past” yang hebat dikritik peminat komik sejak mula diperkenalkan beberapa bulan lalu.

Ternyata selama ini dengan bantuan daripada Mysterio dan Chameleon, Harry Osborn telah berjaya memperdayakan ayahnya, Norman Osborn sehingga percaya bahawa dia telah mempunyai hubungan sulit dengan Gwen Stacy.

Namun hakikatnya itu semua hanyalah tipu daya daripada Harry Osborn sendiri yang kini menjadi sekutu Mephosto dengan gelaran Kindred sekaligus menjadi petualang hasil tertirisnya salah satu daripada halaman komik tersebut sebentar tadi!

Leave a Reply

Your email address will not be published.