Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

LAPORAN BERITA HARI INI | 7 JULAI, 2021

๐Ÿ“Œ Zack Snyder Bakal Arahkan Filem REBEL MOON Diinspirasikan Akira Kurosawa!

Zack Snyder sering mengatakan bahawa jika diberi peluang untuk menerajui filem Star Wars, beliau akan memberi penghormatan kepada Akira Kurosawa dengan kisah pengembaraan angkasa yang diilhamkan oleh Seven Samurai. Nampaknya pengarah Justice League dan Watchmen itu tidak mahu menunggu Lucasfilm menghubunginya lalu membawa idea tersebut ke Netflix.

Banyak sumber melaporkan bahawa projek Zack Snyder seterusnya untuk gergasi strim itu merupakan sebuah filem fantasi epik fiksyen sains berjudul Rebel Moon yang skrip lakon layarnya ditulis bersama oleh penulis Army of the Dead, Shay Hatten dan 300, Kurt Johnstad.

Plot filem itu berputar sekitar koloni di pinggir galaksi yang diancam oleh rejim zalim dan rakus bernama Balisarius. Pihak yang tertindas tadi telah menghantar seorang serikandi misteri untuk mencari pahlawan-pahlawan dari planet berdekatan untuk membantu mereka.

Menurut beliau dalam satu kenyataan:

โ€œThis is me growing up as an Akira Kurosawa fan, a Star Wars fans. Itโ€™s my love of sci-fi and a giant adventure. My hope is that this also becomes a massive IP and a universe that can be built out. Iโ€™ve been working on this on the side for so long, itโ€™s pretty far along,โ€

Zack Snyder akan menerbitkan filem ini seperti biasa bersama isterinya Deborah Snyder dengan penggambaran dijangka bermula awal tahun depan.

 


๐Ÿ“Œ Barisan Pengarah Rasmi THE BOOK OF BOBA FETT Diumumkan!

The Book of Boba Fett dikatakan akan bertindak sebagai The Mandalorian Musim 2.5 tetapi jika diamati judulnya, perhatian pastinya akan diberikan semasa kembara watak utama itu semasa mula diperkenalkan menerusi filem The Empire Strikes Back.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan pihak media, pelakon utama Temuera Morrison menjelaskan bahawa dia tidak dapat mendedahkan apa-apa tentang plot siri Disney+ itu tetapi mengeluarkan kenyataan yang berikut:

“It’s in the timeline of The Mandalorian so, I guess, we gotta go back and see. It’s a duo thing. We’ve got Ming-Na Wen in there, she’s playing the master assassin Fennec Shand. We’ve gotta look at the timeline, we gotta look at where Boba Fett has been. We gotta keep the fans happy. Jon Favreau has come up with some magical formulas. We’ve got some great directors onboard – Robert Rodriguez, Favreau, Bryce Dallas Howard, Dave Filoni. It’s just a new world! They like to keep the Star Wars stuff under lock. But, I think we’re blessed in the way Jon Favreau has all that Marvel experience, so we know where those storylines go. Let’s see what happens.”

Jelas, The Book of Boba Fett berada dalam landasan betul dengan tarikh siarannya Disember ini yang mana pastinya pihak Disney dan Lucasfilm akan berkongsi pandangan pertama atau treler rasminya tidak lama lagi.

Terdapat banyak khabar angin di luar sana mengenai apa yang diharapkan termasuk kemunculan semula Timothy Olyphant sebagai Cobb Vanth serta sudah tentunya Pedro Pascal untuk penampilan cameo demi merapatkan jurang antara musim kedua dan ketiga The Mandalorian.

 


๐Ÿ“Œ Butiran untuk Filem Solo BATGIRL Tertiris!

Filem Batgirl sudah lama dirancang tetapi sejak pemilihan dengan Christina Hodson (Birds of Prey) selaku penulis skrip serta Bilall Fallah dan Adil El Arbi (Ms. Marvel) dibangku pengarahan, ia akhirnya mula menampakkan tanda-tanda positif untuk dimulakan segera.

Filem terbaharu DC Comics ini akan terus ditayangkan menerusi HBO Max dan bukannya di pawagam dengan fokus kepada pasaran striming.

Beberapa butiran telah tertiris untuk filem ini seperti watak Barbara Gordon/Batgirl di mana Warner Bros dilapor inginkan pelakon pada usia awal 20an. Manakala watak Komisioner Jim Gordon juga akan memiliki peranan penting dalam cerita ini sebagai “watak pembantu yang kuat” dengan besar kemungkinan pelakon J.K. Simmons tidak akan kembali selepas muncul dalam Justice League.

Untuk watak penjahat atau antagonis, pelakon berusia 50an dan 60an sedang dicari untuk mengisi peranan sebagai Firefly dan Killer Moth iaitu penjahat pertama yang bertembung dengan Batgirl menerusi komik Batgirl: Year One.

Penggambaran dijangka bermula pada bulan November ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.