Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 7 OGOS 2021

Penerbit Warner Bros. dan DC Comics Jangkakan Filem JUSTICE LEAGUE Akan Hadir Lama Lagi!

Justice League Snyder’s Cut telah dilancarkan menerusi saluran HBO Max awal tahun ini dengan sambutan amat hebat. Dengan ulasannya yang begitu positif, sebenarnya masih belum jelas betapa pulangan keuntungan menerusi perkhidmatan streaming tersebut setakat ini.

Peminat pastinya berasa gembira di kala ini walaupun semakin jelas bahawa Warner Bros. ingin terus beralih dan beredar daripada “SnyderVerse.”

Persoalannya, di manakah kedudukan Justice League selepas ini dalam DCEU?

Vers asal filem itu pada tahun 2017 telah gagal menarik minat ramai tetapi dengan kehadiran The Suicide Squad tahun ini, ia telah membuktikan bahawa setiap francais mampu diselamatkan dengan pengarah yang betul

Semasa sesi wawancara baru-baru ini dengan pihak media, penerbit veteran DC Films dan Warner Bros. iaitu Charles Roven ditanya mengenai masa depan filem-filem tersebut. Beliau telah memberikan sedikit petunjuk tentang apa yang boleh dijangkakan tentang masa depan Justice League:

“If it was a Superman movie that involved Henry Cavill, I would be involved, at least for a couple more. If it was a Batman-involved product like Batman v Superman or Justice League, I would be involved in those. Suicide Squad, I would be involved in those, up until a certain amount. I’m not really affiliated with Aquaman. I have nothing to do with Shazam! But still have an affiliation with some more Suicide Squads, which I’m thrilled about. I hope James Gunn will, when he’s got some time, come back and see if he’s going to do another one of these, because he did such an amazing job. I would definitely be a part of that. Probably another Justice League, although I think that’s a number of years away.”

Kita harus percaya Warner Bros memang mempunyai sesuatu yang sedang dirancang untuk kesinambungan filem Justice League tetapi masih ingin meninggalkan sedikit ruang dan masa antara dua filem terakhir sebelum mengumumkan apa-apa.

 


James Gunn Dedah Minat Arahkan Filem THE BATMAN Jika Matt Reeves Menolak Tawaran DC!

Pengarah The Suicide Squad, James Gunn baru-baru ini mendedahkan bahawa Warner Bros pernah menawarkannya pilihan beberapa projek ketika dia mula berunding dengan studio itu. Sutradara filem itu mengaku telah menolak satu projek Superman tetapi ada watak utama DC lain yang mungkin membangkitkan minatnya,

Semasa bercakap kepada pihak media, James Gunn mengulangi bahawa barisan eksekutif Warner Bros. sangat berminat untuk projek Superman di bawah arahannya. Namun, ini mungkin akan menjadi cerita yang sangat berbeza jika mereka memintanya menghidupkan sebuah filem Batman.

“I’m not saying I’d never be interested in Superman but if it was Batman, which director Matt Reeves was already doing, it might’ve felt differently because I understand Batman. I understand Harley Quinn… I don’t understand every character.”

Seperti yang kita sedia maklum, Matt Reeves sudah pun menyiapkan filem The Batman tetapi dengan begitu banyak projek masih belum digerakkan, ada kemungkinan James Gunn dapat merealisasikan hajatnya itu. Malah turut kedengarannya, pengarah itu mungkin juga berminat untuk filem Krypto!

“I considered doing a Krypto movie which I thought would be really fun, but that shows you where my head’s at. I wasn’t interested in doing a traditional Superman thing. But a superpowered dog from Krypton, running around a city, destroying it, while Superman tries to track him down and get him… That seemed interesting to me.”

 


Joseph Gordon-Levitt Jawab Gosip Kemunculan sebagai Batman bersama Michael Keaton dan Ben Affleck!

Joseph Gordon-Levitt telah memberi respon kepada pihak media tentang apakah dia bersedia kembali sebagai Robin atau Nightwing bersama Ben Affleck dan Michael Keaton dalam satu wawancara baru-baru ini.

Kedua-dua pelakon hebat itu kini rasmi akan bersama-sama mengulangi peranan mereka sebagai Batman dalam filem The Flash.

Menurut beliau:

“That’s a really, really funny question. I have no idea. I’m, to be perfectly honest, completely out of touch with everything you just said. I really want to see you suit up as Robin or Nightwing. I think it would be awesome.”

Joseph Gordon-Levitt pernah berperanan sebagai seorang pegawai polis Gotham bernama John Blake dalam filem The Dark Knight Rises. Dia tahu akan identiti rahsia Bruce Wayne dan bertekad untuk membantu Batman menumbangkan Bane. Dengan memiliki nama sah Robin seperti yang terungkap dalam finale filem itu, penonton turut teruja dengan satu adegan penutup yang menunjukkan dia berjaya masuk ke dalam Batcave.

Filem The Flash akan menampilkan Batman dari dua era yang diharapkan akan menjadi pengenalan kepada Multiverse DCEU sepertimana diilhamkan menerusi komik Flashpoint.

Diarahkan oleh Andy Muschetti, The Flash akan berada di pawagam pada 4 November, 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published.