Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 7 SEPTEMBER 2021

Laman Web Rasmi THE MATRIX: RESURRECTIONS Dilancarkan!

Setelah bertahun-tahun mendengar khabar angin serta pelbagai spekulasi, rasmi diumumkan pada bulan Ogos 2019 bahawa filem The Matrix keempat telah dibangunkan oleh Warner Bros. dengan Lana Wachowski dan “kakaknya”, Lilly Wachoswki kembali menerajui filem tersebut.

Beberapa foto dari set penggambaran yang menampilkan bintang asal Keanu Reeves sebagai Neo dan Carrie-Anne Moss sebagai Trinity telah tular pada tahun lalu. Kami masih belum lagi melihat sebarang pengumuman atau publisiti rasmi untuk filem tersebut, namun itu semua mungkin akan berubah tidak lama lagi.

Pendedahan sulung untuk The Matrix: Resurrections baru-baru ini semasa ia ditayangkan di CinemaCon telah mewujudkan satu laman web rasmi.

Terdapat spekulasi yang bertiup kencang bahawa satu treler rasmi akan disiarkan dalam masa terdekat. Laman web itu sendiri masih kosong buat masa ini dengan hanya “hujan digital” berwarna hijau kelihatan dan sinonim dengan francais tersebut. Apakah juga ia mungkin sejenis kod yang perlu dirungkai untuk mendedahkan sesuatu dari sekuel itu?

Laman web tersebut boleh anda layari menerusi pautan www.whatisthematrix.com

The Matrix: Resurrections turut dibintangi oleh Jada Pinkett Smith, Neil Patrick Harris, Jessica Henwick, Jonathan Grof, dan kini bersedia untuk ditayangkan di pawagam dan HBO Max pada tanggal 22 Disember 2021.

 


Video Lokasi TRANSFORMERS: RISE OF THE BEASTS Dedah Pandang Pertama Optimus Prime Versi G1!

Penggambaran kini sudah bermula untuk filem Transformers: Rise of the Beasts dengan ramai saksi telah melihat “Optimus Prime” di Brooklyn, New York semalam.

Saksi yang berada di situ mengesahkan bahawa Ketua Autobot yang sangat ikonik itu nampaknya mempunyai rekabentuk baharu malaj ternyata diilhamkan daripada rupa siri animasi G1 asal. Walaupun kita masih tidak tahu penampilannya terkininya dalam bentuk robot, kemungkinan besar ia lebih mirip dengan yang pernah kita lihat menerusi filem Bumblebee dua tahun lalu.

Tidak banyak yang diketahui mengenai filem Transformers ke-7 ini tetapi ia dijangka berdasarkan siri animasi Beast Wars. Penampilan watak seperti Optimus Primal dan Rhinox akan menjadi tarikan utama namun seperti yang disahkan menerusi video yang tular ini, masih ada ruang untuk Autobots dan Decepticons asal.

Filem tersebut akan berada di pagawam pada 24 Jun, 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arun//Transformers (@arun09345)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arun//Transformers (@arun09345)

 


Pawagam akan dibuka seluruh negara bagi individu lengkap vaksinasi!

Kelonggaran kepada industri kreatif di seluruh negara akan mula berkuat kuasa 9 September ini.

Putrajaya hari ini mengumumkan melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Satu bagi industri kreatif antara lain membenarkan aktiviti panggung wayang kepada individu yang lengkap vaksinasi bermula Khamis.

Aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50% di ruang dewan tayangan pawagam kini dibenarkan berdasarkan kenyataan rasmi oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob petang tadi.

Beliau turut berkata Jawatankuasa Khas Pandemik Covid-19 berharap kelonggaran tersebut dapat memberi kelegaan kepada 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

Persetujuan untuk memberi kelonggaran ini adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan MKN termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Menurutnya lagi, aktiviti penyiaran siaran kandungan kreatif, penggambaran, indoor busking, aktiviti panggung wayang, persembahan ruang lounge hotel, teater, muzikal, komedi, pameran seni dibenarkan untuk beroperasi.

Sehubungan pembukaan sektor-sektor tersebut, kerajaan menggesa semua pihak terlibat supaya sentiasa mematuhi syarat dan prosedur kesihatan yang ditetapkan sambil menambah kelonggaran tersebut diberikan berasaskan faktor terdapat negeri-negeri mencapai status 80% populasi dewasa menerima dua dos lengkap vaksin.

Ini semua bagi mengelakkan sebarang risiko dan implikasi perundangan, keselamatan serta kesihatan khususnya dalam usaha negara beralih ke fasa endemik pada bulan Oktober nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.