Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Televisyen Terkini

LAPORAN BERITA HARI INI | 8 JULAI, 2021

📌 SHE-HULK Bakal Saksikan Charlie Cox Kembali sebagai Matt Murdock dan Daredevil!

Beberapa sumber baru-baru ini mengesahkan bahawa bintang Daredevil, Charlie Cox akan kembali berperanan sebagai Matt Murdock dalam Spider-Man: No Way Home. Pelakon itu dilaporkan akan tampil sebagai peguam Peter Parker setelah adiwaira tersebut didakwa atas pembunuhan Mysterio semasa serangan ke kota London tetapi akan mengenakan seragam Daredevil.

Namun begitu, watak pelindung Hell’s Kitchen itu dikatakan akan terus muncul dalam siri Disney+, She-Hulk dengan seragam dan kostum serba baharu Daredevil dalam MCU.

Walaupun hanya sekadar khabar angin setakat ini, ia tetap masih perlu diberi perhatian.

Sudah tentu ianya satu laporan yang masuk dek masuk akal untuk memperkenalkan semula Daredevil memandangkan banyak pembayang sudah pun terlihat. Mudah-mudahan, rancangan ini adalah dalam proses untuk mengatur semula lebih banyak aksi Matt Murdock sebagai Daredevil kembali dalam filem atau siri TV sendiri.

📌 Marvel Studios Dikhabarkan Rombak Semula Anggota FANTASTIC FOUR!

Orang kuat Marvel Studios, Kevin Feige baru-baru ini telah mengumumkan bahawa kita terpaksa menunggu lebih lama sebelum sebarang berita mengenai pemilihan pelakon Fantastic Four secara rasmi.

Tetapi itu tidak bermakna Marvel dan Disney belum mula memikirkan nama-nama yang mungkin mereka mahukan sebagai barisan pelakon utama.

Emily Blunt dan John Krasinski tetap menjadi pilihan dan kegemaran peminat untuk Sue Storm dan Reed Richards. Namun ianya jelas tidak akan berlaku walaupun sekiranya mereka berminat. Menurut satu sumber, Marvel Studios secara aktif masih mencari pelakon baru dengan pelbagai latar belakang lebih versatil untuk keempat-empat anggota Fantastic Four.

Memetik sumber tersebut:

“They are looking to specifically cast people of color. They also want this new team to be younger, aged 20s-30s. They plan to keep Sue and Johnny as actual siblings this time in the same race but they are open to mixing all races in casting this family. For example, Human Torch and Invisible Woman could be Latinos, allowing Mr. Fantastic to be Black or Asian. They are still very open.”

Walaupun tidak terlalu sukar untuk percaya bahawa Marvel ingin menambahkan lagi kepelbagaian etnik dan bangsa dalam semua projek filem dan strim mereka selepas ini, sumber ini masih tetap agak samar.

📌 Komik X-MEN Baharu tampil dengan Robot Jaeger Tersendiri!

Superhero mutant Marvel yang selama bertapa telah kembali semula beroperasi di New York City dan semuanya telah rasmi terbukti memerusi komik X-Men #1 tulisan Gerry Duggan yang diterajui arkitek cerita Jonathan Hickman.

Penhijrahan dari Kepulauan Krakoa ke New York ini melambangkan hasrat pasukan dan barisan anggota baharu untuk menubuhkan semula modus operasi X-Men sebagai pasukan superhero perdana serta sebahagian daripada komuniti superhero komik Marvel.

Pelukis komik yang sedang meningkat naik, Pepe Larraz tidak melepaskan peluang untuk menggambarkan X-Men dengan gaya tersendiri dan jauh lebih segar. Berdasarkan beberapa halaman terakhir komik yang sudah berada di pasaran sejak semalam, pembaca dapat menyaksikan formasi pasukan bahari terseut beraksi yang terdiri Cyclops, Marvel Girl, Sunfire, Rogue, Wolverine, Synch and Polaris. Mereka hadir dengan punca kekuatan menggemparkan melawan raksasa makhluk asing dengan menggunakan robot yang kelihatan saling tak tumpah seperti babak menerusi siri Neon Genesis Evangelion.

Apakah akan berlaku banyak lagi pembaharuan-pembaharuan dalam pendekatan X-Men selepas ini?

Kita tunggu dan lihat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.