Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 8 OGOS 2021

📌 SUPERGIRL Tamatkan Penggambaran Musim Terakhir Hari Ini!

Enam tahun sejak kali disiarkan menerusi kaca televisyen, siri Supergirl pada hari ini telah melengkapkan penggambaran episod terakhirnya dan bakal hadir untuk musim penghabisan tidah lama lagi.

Ia bakal kembali menerusi episod terbaharu pada 24 Ogos nanti selepas siri Superman & Lois mengakhiri musim sulungnnya minggu sebelumnya. Sekarang akan disiarkan pada pukul 9:00 malam EST, berikutan episod baru Stargirl.

Untuk memperingati hari terakhir penggambaran, bintang utama Melissa Benoist (Kara Danvers/Supergirl) berkongsi foto ddengan rakan-rakannya yang lain seperti Chyler Leigh (Alex Danvers/Sentinel) dan David Harewood (J’onn J’onzz/Martian Manhunter) dengan sebuah kapsyen yang tertera:

“Thank you for an incredible 6 years—the cast who became family, everyone who worked on the show, all of you who watched us week after week ♥️♥️♥️ that’s a wrap on Supergirl.”

Masih terdapat tiga belas episod lagi yang belum disiarkan dan finale Supegirl dijadualkan untuk tayangan pada 9 November, 2021.

 


📌 Wakil Peguam Disney Labelkan Saman Scarlett Johansson sebagai “Satu Kempen PR Tahap Tertinggi”!

Bintang Black Widow, Scarlett Johansson seperti yang ramai sudah sedia maklum telah membuat tuntutan mahkamah terhadap Disney setelah kehilangan bonus yang diharapkannya jika Marvel Studios mencapai tahap tertentu di box office.

Keputusan untuk menyiarkan Black Widow di Disney+ pada masa yang sama di pawagam jelas mempengaruhi kutipan tiket dan keuntungan tetapi mereka berpendapat bahawa pelakon tersebut telah dibayar berdasarkan kontrak.

Sejak perincian mengenai tuntutan undang-undang itu didedahkan, banyak laporan menyaksikan lebih ramai pihak membela Scarlett Johansson.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Disney iaitu Daniel Petrocelli baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan balas secara rasmi:

“It is obvious that this is a highly orchestrated PR campaign to achieve an outcome that is not obtainable in the lawsuit. No amount of public pressure can change or obscure the explicit contractual commitments. The written contract is clear as a bell.”

Dalam perjanjian tersebut, Black Widow dilaporkan akan ditayangkan menerusi 1,500 pawagam dan Disney menepati janji dengan tayangan 9,000 skrin di Amerika Syarikat dan 30,000 skrin di seluruh dunia. Peguam Disney itu berpendapat bahawa COVID memaksa mereka untuk siaran menerusi akses Premier Disney+.

“We treated Disney Premier Access revenue like box office for the purposes of the bonus requirements in the contract. That only enhanced the economics for Scarlett Johansson.”

Jelas, ini hanya akan menjadi bertambah buruk sekiranya kedua-dua belah pihak enggan bertolak ansur. Namun, ramai yang menjangkakan ada kemungkinan besar Scarlett Johansson tidak akan bekerja untuk Disney lagi.

 


📌 Jeffrey Dean Morgan Dedahkan Minat Untuk Kembali Ke DCEU!

Bintang utama The Walking Dead, Jeffrey Dean Morgan telah berkongsi satu kenyataan yang menarik menerusi Twitter awal hari ini.

Menurut entri yang tertulis:

“Just finished #suicidesquad!! Brother @JamesGunn KILLED it. Movie is a high octane, side splitting blast! Perfect cast, beautifully shot. Camera moves are insane! Still trying to work out how the f**k you did it!! Bravo buddy. I’m still waiting btw… xjdm #DC”

Walaupun beliau mungkin terkenal dengan peranannya sebagai Negan daalam The Walking Dead dan John Winchester menerusi siri Supernatural, pelakon itu juga pernah membuat penampilan di dalam DCEU sebagai Thomas Wayne, bapa kepada Bruce Wayne dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice.

Pelakon itu turut menyuarakan hasrat bahawa dia berminat untuk watak Lobo atau Batman versi Thomas Wayne seperti dalam siri komik Flashpoint.

“At the top of my list has always been Batman. That’s always been my favorite superhero. Talking about Flashpoint has been very fun. I get asked about it a lot, I love the story of Flashpoint version of Batman.”

Selain itu, beliau juga pernah berperanan dalam tiga filem komik lain iaitu Watchmen, The Losers dan Jonah Hex.

Leave a Reply

Your email address will not be published.