Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 8 SEPTEMBER 2021

Treler Rasmi THE MATRIX: RESURRECTIONS Disahkan Esok!

“The choice is yours.”

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, laman web rasmi untuk The Matrix: Resurrections yang dilancarkan semalam telah membawa kepada spekulasi sebuah treler rasmi.

Dan hari ini, Warner Bros telah mengesahkan bahawa kita akan dapat melihat pandangan pertama sekuel sai-fai yang dinanti itu esok.

Sekiranya kita melayari laman web rasmi atau akaun media sosial rasmi filem tersebut dan mengklik pil biru atau merah yang terpapar, kita akan melihat beberapa babak eksklusif The Matrix terbaharu ini termasuk kelibat Keanu Reeves dan Carrie-Ann Moss sebagai Neo dan Trinity serta Yahya Abdul-Mateen II sebagai Morpheus.

Satu poster promosi rasmi turut tular.


Siri PEACEMAKER HBO Max Bakal Saksikan Kemunculan Bane!

Sudah sekian lama sejak jelmaan Tom Hardy sebagai Bane dalam filem The Dark Knight Rises arahan Christopher Nolan dijelmakan semula. Dan peminat semakin tertanya-tanya apakah dan bilakah kita akan melihat watak antagonis itu kembali ke layar filem.

Terkini, khabar angin mendakwa bahawa Bane akan membuat debut DCEU menerusi siri terbitan James Gunn di HBO Max iaitu Peacemaker.

Treler sulung rasmi untuk Peacemaker dijangka bakal ditayangkan menerusi acara DC FanDome bulan hadapa. Seandainya Bane sah akan membuat kemunculan, kita mungkin akan mendapat pengesahannya semasa panel bersama pihak produksi pada 16 Oktober nanti.

Peacemaker akan dibintangi John Cena, Danielle Brooks, Steve Agee, Jennifer Holland, Chris Conrad, Robert Patrick dan Chukwudi Iwuji.

James Gunn sedang menulis skrip dan mengarah siri tersebut. Belum ada tarikh tayangan rasmi diumumkan tetapi Peacemaker dijangka akan bersiaran di HBO Max pada Januari 2022.

 


DEVIL’S REIGN Dedah Crossover Terbesar Marvel untuk Pembuka Tirai 2022!

Penulis Chip Zdarsky dan artis Marco Checchetto akan bergabung semula untuk siri komik Devil’s Reign yang akan dilancarkan hujung Disember nanti.

Dilaporkan sebagai crossover gaya klasik, kisah ini akan memberi fokus kepada Kingpin serta bakal membongkar rahsia gelap beberapa adiwiara terhebat Marvel selama ini. Setelah bertahun-tahun lamanya, Kingpin kini siap untuk mendedahkan aib semua seterunya untuk membolot lebih banyak kuasa dan pengaruh seluruh New York dan seterusnya seluruh tanah Amerika Syarikat.

Cengkaman jenayah terancang dan kuasa politik yang dimilikinya sejak sekian lama dikatakan akan menghancurkan hidup Daredevil, Fantastic Four, Iron Man, Captain America, Spider-Man, Jessica Jones, Luke Cage dan banyak lagi.

Untuk itu, Kingpin atau nama sebenarnya Wilson Fisk juga akan memiliki pasukan khasnya tersendiri yang dianggotai Crossbones, Taskmaster, Typhoid Mary, Shocker, Whiplash, Rhino dan Kraven.

Menurut sumber yang kami perolehi dari sidang editorial Marvel:

“Our Daredevil plan just kept getting bigger and bigger.. to the point where it would clearly affect the Marvel Universe in huge ways. Thankfully, Marvel recognized this as well and gave us the opportunity to tell the story on a massive stage with Devil’s Reign. This is a proper Marvel event springing from the pages of Daredevil and I think all Marvel readers will love what’s coming!”

Leave a Reply

Your email address will not be published.