LAPORAN BERITA HARI INI | 9 JULAI, 2021

Animasi, Filem, Komik, Televisyen, Terkini

📌 Treler Rasmi WHAT IF…? Dedahkan Kemungkinan Luar Biasa MCU!

Marvel Studios akhirnya mendedahkan treler rasmi penuh untuk siri What If …? yang akan disiarkan menerusi platform strim Disney+ pada 11 Ogos nanti.

Ianya bermula dengan satu adegan klasik dari filem Iron Man pertama ketika Tony Stark terkena serangan peluru berpandu miliknya. Walau bagaimana pun, kali ini ia tidak meledak dan diselamatkan oleh Eric Killmonger!

Sejurus selepas itu, kita diperkenalkan kepada lebih banyak paparan realiti alternatif daripada segenap pelusuk Semesta Sinematik Marvel termasuk kemunculan Captain Peggy Carter/Captain Britain, T’Challa the Ravager termasuk kelibat Marvel Zombies. Malah sekiranya diperhatikan dengan teliti, kita juga dapat melihat watak-watak lain seperti Peter Parker sebagai Doctor Strange, Howard the Duck, Pepper Potts, Trio Perwira Asgard (The Warriors Three) dan kepala Scott Lang atau Ant Man di dalam balang!

 


📌 Sekuel Filem TOMORROW WAR Rasmi Diumumkan Setelah Sambutan Luar Jangkaan!

Berikutan kejayaan besar The Tomorrow War menerusi saluran strim Amazon Prime Video, Skydance dan Amazon Studios kini sudah berbincang untuk terus menghasilkan sekuelnya.

Pengarah Chris McKay dan penulis skrip Zach Dean dijangka bakal kembali bersama teraju utama yang lain. Sudah tentu ia termasuk bintang utama Chris Pratt, Yvonne Strahovski, Betty Gilpin, Sam Richardson, Edwin Hodge, dan J.K. Simmons.

Paramount Pictures selaku studio asal yang menghasikan filem tersebut sebelum menjualnya ke Amazon pada harga USD$200 juta akan turut terlibat. Jelas, ini dilihat sebagai satu prospek serta potensi francais serrius yang dinantikan ramai peminat.

Dalam sebuah tinjauan rawak pihak kami, satu ulasan filem mengatakan:

“The Tomorrow War shatters expectations and despite hitting a few familiar notes along the way, this surprisingly emotional action-packed blockbuster proves to be a fun ride and one that showcases the talents of Chris Pratt and Yvonne Strahovski.”

 


📌 ANT-MAN AND THE WASP: QUANTUMANIA Akan Kembalikan Watak Yellowjacket!

Berkongsi rasa gembira kerana penggambaraan filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania bakal bermula, bintang utama Evangeline Lilly semalam telah berkongsi satu entri di media sosial yang menyenaraikan nama-nama pelakon filem terdahulu termasuk nama Corey Stoll!

Ramai di antara kita menganggap itu mungkin satu ralat atau kesalahan yang tidak disengajakan Tetapi ternyata memang pelakon yang berperanan sebagai Darren Cross atau Yellowjacket itu akan muncul semula secara rasmi.

Ini adalah satu kejutan besar memandangkan watak antagonis itu kelihatan telah ghaib ke Alam Kuantum tetapi teori ramai mengatakan bahawa dia mungkin akan bangkit dan muncul kembali adalah terbukti benar.

Sekiranya Yellowjacket berada di Alam kuantum selama ini, besar kemungkinan dia akan memperolehi beberapa kuasa baharu mirip dengan Janet Van Dyne yakni Wasp asal. Dan jika Kang the Conqueror menguasai alam itu, maka apakah kita bakal meyaksikan dua gandingan penjahat yang sangat merbahaya?

Harus diingat bahawa dalam episod Loki terbaharu ada memaparkan keledar perisai raksasa Yellowjacket di dalam garis masa The Void, tempat di mana ramai peminat meramalkan adalah sarang persembunyian Kang the Conqueror!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *