Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 9 OGOS 2021

Pencipta DEADPOOL Labelkan Filem Terbitan DC sebagai “Jenama Rosak” Yang Tidak Mampu Bersaing dengan Marvel!

Walaupun menerima banyak respon positif, The Suicide Squad kini masih berjuang untuk meraih kutipan box office sejak ia mula ditayangkan. Dengan pandemik yang masih terasa serta siaran di HBO Max secara percuma jelas menjadi faktor penyumbang, nampaknya minat terhadap kisah pengembaraan Task Force X di kalangan penonton filem secara statistik masih agak rendah.

Pencipta, penulis dan pelukis komik Deadpool, Rob Liefeld tidak menafikan adalah di antara individu yang kagum dan memuji filem terbaru James Gunn itu. Namun begitu,  pada hujung minggu lalu beliau telah berkongsi pendapat menerusi laman Twitter rasmi miliknya dan mengecam Warner Bros. dan DC Comics.

Dalam satu Tweet yang sudah pun dipadam, beliau berkata:

“Unfortunately, DC is just a damaged brand at this point. Marvel has pulled away in such spectacular fashion and DC has lost ground on all platforms. Warner Bros. needs to get rid of everyone, top to bottom… Start over.”

Malah beliau juga menambah:

“Years of tone deaf mismanagement. Make no doubt, The Suicide Squad is a great film. James Gunn added so much style and heart. The problem is deeper, beyond the pandemic and streaming. Looking forward to Peacemaker regardless.”

Ia mendedahkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak betul dengan cara Warner Bros menangani semua aset DC Comics ke filem sepertimana yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Para pengarah telah mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengenai gangguan dari pihak eksekutif studio, sementara sebilangan besar filem yang dihasilkan beberapa tahun ini telah diterima menerima ulasan negatif daripada pengkritik.

 

 

MOON KNIGHT Dikhabarkan Bakal Menampilkan Emily VanCamp sebagai Sharon Carter!

The Falcon and The Winter Soldier menyaksikan kepulangan semula Sharon Carter lakonan Emily VanCamp yang akhirnya didedahkan sebagai watak “Power Broker” di penghujung episod musim pertama.

Peminat dibiarkan tertanya-tanya apakah status bekas agen S.H.I.E.L.D. itu seterusnya dan hari ini kami mungkin mempunyai jawapannya.

Sharon Carter dilaporkan akan tampil dalam siri Moon Knight yang akan datang. Tidak ada maklumat lebih lanjut diberikan sama ada dia akan muncul sebagai cameo atau hadir berperanan lebih penting.

Sharon Carter bertindak sebagai sekutu kepada Sam dan Bucky dalam The Falcon and The Winter Soldier tetapi dalam masa yang juga mempunyai agenda tersendiri ketika dia berjaya memerangkap Karli Morgenthau dan Flag Smashers.

Masih belum banyak yang kita ketahui tentang Moon Knight melainkan watak utamanya, Marc Spector adalah bekas agen C.I.A.

Jadi ada kemungkinan juga dia pernah berurusan dengan Sharon Carter sebelum ini.

Sinopsis rasmi siri tersebut pernah didedahkan sebelum ini  dengan gambaran berikut:

“An action-adventure story that features a complex vigilante who suffers from dissociative identity disorder. The multiple identities who live inside him are distinct characters who appear against a backdrop of Egyptian iconography.”

Anggaplah laporan di atas sebagai khabar angin buat masa ini dan semoga kita bakal mendapat lebih banyak maklumat mengenai Moon Knight tidak lama lagi. Moon Knight kini sedang menjalani penggambaran di Budapest, Hungary.

 


James Gunn Kongsikan Sama Ada Siri PEACEMAKER adalah Prekuel atau Sekuel THE SUICIDE SQUAD!

Ketika siri TV Peacemaker diumumkan oleh Warner Bros., kebanyakan peminat menganggap ia akan menjadi prekuel kepada filem The Suicide Squad.

Namun ketika babak bonus filem tersebut tular, nampaknya siri HBO Max tersebut akan hadir sejurus selepas jalan cerita filem itu tamat.

Semasa wawancara dengan pihak meduia, sutradara itu menjelaskan bagaimana The Suicide Squad sebenarnya sedang menyemai benihnya untuk siri ini malah mengesahkan bahawa ia akan meninjau kembali masa lampau watak lakonan John Cena itu sambil merencana masa depannya.

“Well, through the story, you learn where Peacemaker came from. There’s a moment in the movie where Bloodsport talks about his father and what his father was like, and you cut to a shot of Peacemaker and Peacemaker nods. That’s the seed of the entire ‘Peacemaker’ series. So we get to see Peacemaker with his father, who’s played by Robert Patrick, where he came from, what he’s done, what that means to him, and where he’s going after all of this. Because he’s not an evil person, he’s just a bad guy.”

Pengarah itu juga disahkan akan mengarah lima dari lapan episod Peacemaker itu kelak.

Apa yang bakal dilakukan oleh James Gunn dan John Cena dalam siri Peacemaker menerusi HBO Max Januari tahun hadapan tetap dinanti ramai peminat.

Tidak kira sama ada ianya sebuah sekuel mahupun prekuel.

Leave a Reply

Your email address will not be published.