Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 9 SEPTEMBER 2021

Penggambaran Semula DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS Kini Selesai!

Setakat yang kami ketahui, Doctor Strange in the Multiverse of Madness secara rasmi telah pun selesai menjalani penggambaran pada bulan April lalu.

Akan tetapi satu sesi penggambaran semula untuk beberapa babak tambahan telah pun dilaporkan berlangsung sejak seminggu lalu.

Jurumekap Tricia Sawyer telah memuatnaik satu entri baharu di Instagram hari ini dan berkongsi foto di sebalik tabir ruang solek, dengan kapsyen:

“We’re not so Strange anymore! That’s a wrap.” 

Kami tidak pasti apakah yang dimaksudkan dalam entri tersebut tetapi Scarlet Witch jelas akan turut terlibat kerana Elizabeth Olsen boleh dilihat sedang tersenyum sambil diapit “Glam Squad” peribadinya.

Kami masih tidak mengetahui secara terperinci bagaimana Wanda Maximoff akan menjadi sebahagian daripada dalam plot filem ini tetapi setelah siri WandaVision, ada banyak spekulasi mengatakan bahawa Scarlet Witch akan bertindak sebagai antagonis kepada Doctor Strange – sekurang-kurangnya sehingga mereka terpaksa berganding bahu semula untuk menghadapi ancaman yang lebih besar!

Benedict Cumberbatch akan kembali sebagai Doctor Stephen Strange bersama Benedict Wong sebagai Wong, Rachel McAdams sebagai Dr. Christine Palmer dan Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by triciasawyer (@triciasawyer)

Doctor Strange: In the Multiverse of Madness akan berada di pawagam pada tanggal 25 Mac, 2022

 


Treler Filem Animasi INJUSTICE Didedahkan Hari Ini!

Treler sulung filem Injustice telah dilancarkan dengan gambaran yang memaparkan The Joker dan Harley Quinn membunuh Lois Lane yang sedang hamil anak Superman. Ketika berita tersebut sampai pengetahuannya, serta merta Superman telah meninggalkan prinsip dan sumpah yang dipegang selama ini untuk terus melancarkan perang.

Bolehkah Batman dan seluruh anggota Justice League menenangkan Superman? Dan jika tidak, adakah mereka memiliki harapan untuk menundukkan Superman yang mengamuk teruk itu?

Berikut adalah sinopsis rasmi filem tersebut:

“Inspired by Injustice: Gods Among Us popular video game and the best-selling DC graphic novel, it finds an alternate world gone mad – where The Joker has duped Superman into killing Lois Lane, sending the Man of Steel on a deadly rampage. Unhinged, Superman decides to take control of the Earth for humanity’s own good. Determined to stop him, Batman creates a team of freedom-fighting heroes. But when superheroes go to war, can the world survive?”


Jon Bernthal Berikan Komen Kembali sebagai Punisher/Frank Castle!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.