Categories
Artikel

Legenda Seorang Mr. Bean!

Sebut saja nama Mr. Bean saya rasa satu dunia kenal.

Punyalah kuat nama ini sampaikan ada juga di antara masyarakat yang masih tidak berapa ingat atau tahu siapa nama sebenar beliau ‘out of character’.

Berikanlah Johnny English. Berikanlah Edmund Blackadder sekalipun. Malah saya yakin siri terbaru terbitan Netflix iaitu Man vs. Bee sekalipun akan terdapat bayangan Mr. Bean. Walaupun hanya bersiaran selama 15 episod dari tahun 1990 sehingga 1995 kita tetap akan terkekek sendiri melayan gelagatnya di hadapan skrin TV.

Begitulah penangan Rowan Sebastian Atkinson.

Hero komedi bisu tulen sebaris Charlie Chaplin, Buster Keaton dan Harold Llyod untuk zaman moden ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.