Categories
Animasi Anime Filem Komik Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Lihat Imej Eksklusif THE MANDALORIAN Berentap dengan Penyangak Trandoshan!

Entertainment Weekly hari ini mendedahkan sebuah foto terbaru daripada siri strim Star Wars dan Disney+ arahan Jon Favreau, The Mandalorian yang memaparkan kelibat watak utama lakonan Pedro Pascal (Game of Thrones, Narcos) yang sedang berentap dengan dua penyangak Trandoshan.

Tiada sebarang sinopsis atau plot cerita dapat dikongsikan setakat ini tetapi ianya mengisahkan seorang pemburu upahan Mandalorian tanpa nama yang berkelana jauh ke pendalaman galaksi dalam melaksanakan misi peribadinya.

Pandang pertama dan imej eksklusif tersebut dapat anda lihat di bawah ini:

Selain daripada Pedro Pascal, barisan pelakon lain yang akan turut beraksi adalah Gina Carano (Deadpool), Nick Nolte (Warrior), Giancarlo Esposito (Breaking Bad), Emily Swallow (Supernatural), Carl Weathers (Rocky), Omid Abtahi (The Hunger Games: Mockingjay), Taika Waititi (Avengers: Endgame), Bill Burr (F is for Family), Mark Boone Junior (Batman Begins), Ming-Na Wen (Agents of S.H.I.E.L.D.), Natalia Tena (Game of Thrones) dan Werner Herzog (Jack Reacher).

Manakala antara barisan pengarah-pengarah ternama yang akan terlibat untuk Musim Pertama ini adalah Dave Filoni (Star Wars Rebels), Taika Waititi (Thor: Ragnarok), Bryce Dallas Howard (Solemates), Rick Famuyiwa (Dope) dan Deborah Chow (Jessica Jones).

The Mandalorian akan mula disiarkan menerusi saluran strim Disney+ pada 12 November, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.