Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Terkini

Mahu Tonton Detective Pikachu, Kanak-kanak Trauma Pawagam ‘Tertayang’ Filem The Curse of La Llorona!

Sekumpulan kanak-kanak yang hadir bersama ahli keluarga ke pawagam untuk menonton filem Pokémon: Detective Pikachu telah diberi kejutan di luar jangkaan apabila sebuah panggung di Montreal, Kanada baru-baru ini telah dengan secara tidak disengaja menayangkan filem seram The Curse of La Llorona!

Penampakan tanda-tanda ‘tragedi’ tersebut bakal bermula apabila treler rasmi untuk filem Annabelle Comes Home, Joker dan Child’s Play telah ditayangkan sebelum filem sebenar dan ini jelas sama sekali tidak mesra kanak-kanak dan keluarga.

Kanak-kanak tersebut kemudiannya mula menangis dan ia menjadi bertambah buruk apabila tayangan filem aksi hidup sulung Pokémon yang comel itu digantikan dengan filem puaka serta kisah benar La Llorona sebagai tayangan utama.

Mujur pihak panggung wayang telah mula peka dengan insiden yang berlaku dan terus menghentikan tayangan sebelum memindahkan para penonton ke dewa panggung lain di mana Pokémon: Detective Pikachu sebenarnya sedang berlangsung.

Ini bukan kali pertama kami menerima laporan kanak-kanak menangis dan trauma di dalam pawagam akibat keculasan operator filem.

Pada tahun lalu, sebuah panggung wayang yang menayangkan filem Peter Rabbit lakonan James Corden dan Daisy Ridley telah dengan tidak sengaja menayangkan treler filem Hereditary sebelum tayangan sebenar bermula.

Leave a Reply

Your email address will not be published.