Categories
Filem Permainan Kanak-Kanak Terkini

Margot Robbie Sah Bintangi Filem Aksi Hidup BARBIE!

Walaupun telah diperam lama oleh Sony Pictures, maka dengan rasminya hari ini projek filem aksi hidup Barbie akan digerakkan oleh Warner Bros. Ia akan diterajui oleh Margot Robbie (Suicide Squad, Terminal) yang turut berperanan sebagai penerbit bersama di bawah produksi LuckyChap Entertainment miliknya.

Warner Bros. dan Mattel telah pun mengesahkan kerjasama mereka dengan kenyataan tersebut oleh oleh Margot Robbie:

“Playing with Barbie promotes confidence, curiosity and communication throughout a child’s journey to self-discovery. Over the brand’s almost 60 years, Barbie has empowered kids to imagine themselves in aspirational roles from a princess to president. I’m so honored to take on this role and produce a film that I believe will have a tremendously positive impact on children and audiences worldwide. I can’t imagine better partners than Warner Bros and Mattel to bring this film to the big screen.”

Pelakon Amy Schumer dan Anne Hathaway pernah dikhabarkan akan membintangi filem permainan kanak-kanak popular tersebut tetapi jelas tiada perkembangan positif sejak itu.

Belum ada nama pengarah didedahkan setakat ini tetapi Patty Jenkins (Wonder Woman) sedang disebut-sebut untuk menjadi calon paling sesuai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.